Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Friday, July 8, 2011

Lukisan 3D Cantik

Sebuah buku baru mengumpul seni jalanan 3D oleh Kurt Wenner, seorang bekas pekerja NASA, yang menggunakan kemahiran matematiknya untuk mencipta ilusi-ilusi tiga dimensi pada laluan-laluan pejalan kaki merentasi dunia telah diterbitkan.

Apabila dilihat dari sudut yang betul, mereka yang berdiri di atas ilusi itu kelihatan seperti terapung di udara, dan konkrit kukuh boleh kelihatan seperti jurang terbuka.

Kurt telah mula menyempurnakan kemahirannya itu sejak 1982.

Kini, selepas lebih 30 tahun, Kurt berkemampuan mencipta imej-imej stereoskopik, seperti gambar di atas yang membolehkan orang ramai berjalan sepanjang sesawang khayalan yang dilemparkan oleh Spiderman.

Ilusi Optik 3D Yang Menakjubkan

Selama 25 tahun, artis itu telah menggunakan pengiraan rumit dari pekerjaan lamanya – menghasilkan lukisan berkonsep landskap ruang angkasa di NASA – untuk menjadikan lantai dan dinding kelihatan seperti realistik.

Ilusi Optik 3D Yang Menakjubkan

Disebabkan oleh kemunculan imej-imej yang dihasilkan oleh komputer,Kurt adalah salah satu artis terakhir yang dilatih untuk mengetahui bagaimana secara mekanik mereplikakan perspektif dengan menggunakan pensil dan kertas serta persamaan-persamaan rumit.

Namun pada tahun 1982, dia meninggalkan projek angkasa dan selepas menjual kesemua barang-barangnya, berpindah dari Amerika Syarikat ke Itali dimana dia menggunakan pengetahuannya terhadap seni.

http://www.telegraph.co.uk/culture/culturepicturegalleries/8437649/Amazing-3D-optical-illusion-street-art-by-Kurt-Wenner.html

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..