Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Monday, July 25, 2011

Tengkorak Manusia Ditemui Di Kajang


KAJANG – Satu tengkorak dan satu tulang kaki yang dipercayai milik manusia ditemui di tepi jalan utama kawasan perumahan Taman
Lingkungan Nur, di sini hari ini.
Tengkorak dan tulang itu ditemui penduduk sekitar kira-kira pukul 12 tengah hari, kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata daripada pemeriksaan lanjut di kawasan itu, polis turut menemui beberapa cebisan kain dan sebuah rangka motosikal berdekatan penemuan tengkorak dan tulang itu.
Katanya berdasarkan pemeriksaan awal, tengkorak dan tulang kaki berkenaan dipercayai milik individu berusia sekitar belasan tahun.
“Bahagian anggota badan manusia itu disyaki dibawa oleh anjing liar ke kawasan itu dari kawasan lain,” katanya sambil memberitahu bahawa Unit Anjing Pengesan (K9) turut digunakan untuk mencari anggota badan lain.
Sehingga berita ini ditulis operasi mencari anggota badan lain masih diteruskan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi Rakan Cop Selangor di talian 03-20529999, katanya.
- My News Hub

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..