Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Saturday, July 9, 2011

Buah Yang Tak Popular Tetapi Berhasiat

DURIAN BELANDA

Photobucket

Photobucket

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Khasiat lain:

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

BUAH KUNDANG @ BUAH STAR

Photobucket

Photobucket

Buah kundang bukan saja enak dimakan bahkan ia sebenarnya mempunyai banyak khasiat ubatan. Orang dulu-dulu menggunakan daun kundang untuk mengurangkan sakit kepala. Daun tersebut ditumbuk lumat dan Ditampal pada kepala. Manakala cecair yang diperah daripada daun kundang yang sudah ditumbuk lumat sesuai digunakan sebagai pencuci mulut dan kerongkong.

BUAH BINJAI

Photobucket

Photobucket

Nama Saintifiknya adalah Mangifera caesia. Binjai terutama ditanam untuk buahnya, yang biasa dimakan segar setelah buah itu masak. Binjai juga digunakan sebagai campuran sambal, terutama untuk masakan ikan sungai. Buah binjai yang masih muda tidak dapat dimakan kerana sangat tajam (sangat masam) dan menggatalkan. Bijinya kadang-kadang dikeringkan dan diolah sebagai lauk makan nasi.

Buah binjai yang mengandungi banyak sari buah dan asam-manis rasanya dapat dimakan dalam keadaan segar setelah buahnya matang dan sebagai pencuci perut.

Baunya memang wangi…dari jauh pun boleh terhidu aromanya, sungguh wangi …tapi rasanya sangat masam bila dimakan mentah dan segar.

BUAH TIMUN BETIK


Photobucket

Photobucket

Timun betik merupakan sejenis tumbuhan daripada famili cucurbitae, sama dengan timun biasa. Timun betik merupakan sejenis buah-buahan yang mempunyai isi yang berair dan manis rasanya. Ia merupakan sejenis tumbuhan menjalar semusim yang membiak melalui biji benih. Ia juga dikenali dengan nama lain iaitu timun suri atau apple cucumber. Ia merupakan sejenis buah-buahan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi serta kaya dengan provitamin A.

Ia boleh ditanam dikawasan pokok timun betik memerlukan air yang mencukupi dan tidak boleh dibiarkan kering. Buahnya berwarna kuning, berbentuk lonjong denga panjangnya sekita 20cm dan diameternya sekitar 10 cm. Buah timun betik boleh dipetik setelah pokoknya berusia dua hingga tiga bulan.

Dari segi kesihatan timun betik mampu membekalkan tubuh badan dengan vitamin yang dapat membantu mempertingkatkan ketahanan badan melawan penyakit.
Ia juga dapat menyihatkan ginjal dan limpa serta menurunkan tekanan darah tinggi. Buahnya boleh dimakan begitu sahaja. dan begitu manis dan berair apabila masak.
Buah timun betik yang masak ranum boleh dikenal pasti melalui kulit luarannya yang merekah. Ia juga boleh dimakan bersama santan dengan ditabur sedikit gula pasir atau gula melaka.

BUAH NANAM @ BUAH KATAK PURU

Photobucket

Photobucket

Nama Saintifik: Cynometra Cauliflora
Juga dikenali dengan nama Buah Katak Puru kerana bentuk buahnya seakan seekor katak puru. Rasanya masam kelat ketika muda. Buahnye akan berwarna kekuningan apabila masak. Rasanya agak masam manis, Dikatakan dapat menghindari penyakit darah tinggi.

BUAH NONA


Photobucket

Photobucket

Nama Saintifiknya Annona squamosa. Merupakan sejenis buah yang berbonggol dan mempunyai banyak biji. Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Dari segi khasiat buah nona mengandungi protein, kalsium, serat, zat besi, vitamin dan mineral. Kandungan yang paling ketara ialah niacin yang dikatakan dapat mengatasi masalah sindrom saraf.

BUAH CERMAI

Photobucket

Cermai atau nama sainsnya Phyllanthus acidus merupakan salah satu buah yang biasa dijadikan jeruk. Sudah tentu ramai wanita di luar sana yang kecur air liur bila disebut tentang jeruk.

Buahnya yang kekuningan menjadi tarikan sesiapa sahaja yang memandangnya.
Namun, jika apabila dimakan sudah tentu anda mengerutkan dahi dek kerana rasa masamnya. Mengikut rujukan memang daun cermai ada khasiatnya tersendiri bagi mengubati batuk, menguruskan badan dan sebagainya.

BUAH KERIAN

Photobucket

Nama Saintifik: Syzygium cumini
Ia merupakan sejenis pokok yang cepat membesar dan di kelantan ia biasanya dijumpai tumbuh dikawasan sawah padi. Buahnya yang berwarna hijau ketika muda dan merah kehitaman setelah masak mempunyai rasa manis, masam dan sedikit kelat. Buahnya biasanya dimakan begitu sahaja oleh orang kampung ataupun direndam seketika dengan air garam untuk menghilangkan rasa kelatnya.

Dalam perubatan buahnya mengandungi sifat pelawas (melawaskan kencing). Jus buahnya yang dicairkan dengan air digunakan sebagai ubat kumur untuk mengubat sakit tekak.

BUAH KEREKUP

Photobucket

Buah Kerekup nama saintifiknya Flacourtia jangomas. Daripada rujukan dipercayai air rebusan buah boleh diminum bagi merawat masalah hempedu atau hati, sakit kepala, mual dan makanan tidak hadam. Walau bagaimanapun, wanita yang mengandung tidak sesuai mengambil ubat herba buah kerekup atau terlalu banyak makan buah ini.

BUAH SUKUN


Photobucket

Photobucket

Sukun atau bahasa Inggeris dikenali sebagai ‘breadfruit’ adalah sejenis tumbuhan yang dipercayai berasal dari Polynesia. Di Malaysia, terdapat dua jenis buah sukun iaitu yang berbiji dan tidak berbiji. Kebiasaanya, bahagian yang boleh dimakan adalah lebih kurang 68% dari berat asal buah sukun yang telah dibuang kulut empulurnya. Pelbagai jenis hidangan boleh dihasilkan menggunakan buah sukun terutamanya sajian snek ringan dan pembeka selera. Antaranya ialah seperti Cekodok sukun, kerepek sukun dan sukun goreng.

Iklan Supplement Multivitamin Shaklee untuk Kanak-Kanak

Iklan Supplement Multivitamin Shaklee untuk Orang Dewasa

 
Saya Pengedar Sah Produk Shaklee
Produk Kesihatan dan Supplement Lengkap untuk seisi keluarga..

Dapatkan Supplement Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan zat mineral dari hanya RM 45.00* sahaja sebulan.

Limited Stok Siapa Cepat Dia Dapat..

Saya Pengedar Sah Produk Supplement Shaklee 
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi 
Shaklee Id : 924142 
sms/call :019-9427541 
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak


* Harga tidak termasuk pos, Pack untuk sebulan adalah repack dari pack asal (2 bulan).

Kita perlu supplement kerana kita tidak mendapat khasiat yang sepatutnya dalam pemakanan harian kita. Supplement membantu kita mendapatkan khasiat yang sepatutnya..

2 comments:

  1. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete

Sahabat Iju..