Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Tuesday, July 19, 2011

Gambar Perkahwinan Nurul Shuhada Nurul Ain Pengacara Majalah 3, TV3

Photobucket

Photobucket
Binjai On The Park, KLCC

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, KLCC, di sini, malam Sabtu. Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Nurul iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak.

Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan di sini, Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.

Photobucket

Photobucket

“Hanya sekali lafaz, Nurul sah menjadi isteri kepada Raja Amir,” kata kenyataan itu.

Sementara itu majlis yangbertemakan “Moroccan” itu mendapat sentuhan Khalid & Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan manakala pakaian nikah adalah rekaan Datuk Radzuan Radziwill

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media sebaliknya hanya untuk keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Photobucket

Majlis resepsi kedua-dua pengantin akan berlangsung pada 23 Julai depan bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. -Mstar

Photobucket
Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur

Photobucket
Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..