Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Friday, July 8, 2011

Kutu Kepala

Photobucket

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.

Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.

Tanda-tanda
  • Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
  • Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
  • Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.

Photobucket

Penyebab kutu

Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :
  • Sikat rambut.
  • Perhiasan rambut.
  • Tuala.
  • Topi.
  • Tudung kepala.

    Apa yang perlu di lakukan?
    • Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
    • Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
    • Basuh cadar dsb dengan air panas.
    • Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
    • Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.

      Ubat-ubat
      • Crotamiton
      • Benzene hexachloride
      • Malathion

        Cara merawat
        • Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
        • Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.
        • Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.

        No comments:

        Post a Comment

        Sahabat Iju..