Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Tuesday, July 19, 2011

Mahkamah Tolak Permohonan Tukar Jantina




Permohonan Mohd Asyraf Hafiz Abdul Aziz untuk menukar namanya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz, ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Hakim, Datuk Mohd Yazid Mustapa menolak permohonan pempetisyen bersabit perkara itu setelah mengambil kira tiga faktor, iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika plaintif dilahirkan dan faktor organ dalaman.

Mohd Asyraf, 25 tahun, berasal dari Kuala Terengganu, sebelum ini memohon kebenaran mahkamah meluluskan permohonannya supaya namanya ditukar.

Ia berikutan pempetisyen menukar jantinanya di Thailand pada 2008.

Mohd Ashraf, bagaimanapun tidak hadir di mahkamah siang tadi dan hanya diwakili peguamnya.

Keputusan mahkamah menolak permohonan pempetisyen juga kerana mengambil kira hujah Peguam Kanan Persekutuan, Aida Adha Abu Bakar, setelah berjaya meyakinkan mahkamah, permohonan pempetisyen tidak wajar diluluskan kerana pempetisyen bukan wanita tulen.

Bersabit pempetisyen telah menjalani pembedahan jantina perkara itu tidak boleh dijadikan hujah mendapatkan kebenaran mahkamah.

Dan setelah kes berkenaan diperhalusi dari semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, hakim Datuk Mohd Yazid memberitahu, mahkamah tidak mempunyai kuasa membuat pengisytiharan deklarasi bersabit penukaran gender.

Selain itu, mahkamah juga tidak mempunyai kuasa meluluskan permohanan menukar nama pada sijil kelahiran dan kad pengenalan pempetisyen.

25 Mei lalu, kes permohonan pempetisyen mencuri tumpuan ramai hadir di mahkamah dengan lengkap berpakaian muslimah menutup aurat dengan mengenakan baju kurung merah jambu dan tudung sedondon.

Petikan dari Berita Tv3 portal

p/s:

Siapa kita untuk menetukan jantina kita sendiri dan menyatakan Allah yang Maha Bijaksana tersalah mecipta kita. Allah Maha Mengetahui dan segala yang berlaku adalah Qada' dan Qadarnya, terimalah semua sebagai ujian dan setiap ujian ada hikmah disebaliknya dan setiap yang berjaya mengharungi ujian pasti akan meningkat imannya.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..