Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Friday, July 8, 2011

Mahkamah: Benjy Diperintah Bela Diri



Kuala Lumpur – Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintah pelakon Khairell Benjamin Ibrahim atau Benjy membela diri atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu, seberat 0.24 gram, di Menara Duta 2, 11 Mac, tahun lalu.
Majistret Hafizza Sauni membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd. Halim berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap kes berkenaan.
Bagaimanapun Benjy, 33 tahun, yang juga anak pelakon terkenal, Azean Irdawaty, dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan lain iaitu memiliki 0.14 gram syabu yang ditemui di no. c-13-6, vista mutiara, jalan vista mutiara, persimpangan jalan ambong kiri, Kepong Baru pada pukul 3 petang, tarikh yang sama, tahun lalu.
Bagi kedua-dua tuduhan itu, dia didakwa mengikut seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun.
Benjy diwakili peguam bela Amer Hamzah Arshad akan membela diri pada 19 dan 20 julai ini. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..