Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..
Sunday, July 10, 2011
Tomok Belanja RM70,000 Untuk Resepsi Di Saloma Bistro
KUALA LUMPUR, 7 JULAI 2011: Pada kebiasaannya, setiap majlis resepsi perkahwinan selebriti pasti mendapat penajaan dari pelbagai pihak. Tidak kiralah penajaan dari segi lokasi, baju, makanan, hadiah dan bermacam-macam lagi. Atas dasar penajaan berkenaan, majlis persandingan artis itu nampak mewah dan glamor bersesuaian dengan gelaran sebagai orang yang dikenali.
Begitulah juga dengan majlis resepsi penyanyi Tomok bersama isteri yang bertugas sebagai pramugari, Ayu yang diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang, malam tadi. Difahamkan, majlis resepsi yang bertemakan adat tradisi jawa dengan pilihan warna kuning keemasaan dan biru, Tomok juga telah mendapat pelbagai penajaan.
Bagaimanapun, perkara ini dinafikan oleh abang ipar Tomok, Zul 2 By 2 yang menegaskan majlis pada malam itu tidak semuanya mendapat penajaan.
"Syukur Alhamdulillah, majlis yang berlangsung malam ini berjalan lancar. Saya mewakili pihak keluarga merasa terharu di atas kedatangan rakan media, artis dan VIP yang hadir .Terus-terang, majlis resepsi ini tidak semuanya mendapat penajaan.
"Jika saya tidak silap, Tomok mendapat penajaan dari segi pakaian, video dan fotografi saja. Yang lainnya, Tomok telah menggunakan duit dia sendiri. Mengikut perkiraan saya, Tomok telah membelanjakan RM70,000 untuk majlis malam ini. Ia tidak termasuk majlis pernikahan pada 1 Julai lalu dan majlis persandingan di rumah Tomok pada 9 Julai depan," katanya.
Dalam pada itu, Zul yang diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan di tengah-tengah majlis sempat menyampaikan pesanan dari keluarga untuk Tomok dan Ayu.
"Terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk majlis malam ini. Kepada para penaja juga, terima kasih yang teramat sangat kerana sudi menaja majlis kahwin adik kami. Terima kasih juga kepada sanak-saudara yang sudi datang dari jauh.
"Kami sekeluarga mengalu-alukan kedatangan ahli baru keluarga kami iaitu Ayu. Kami berharap sangat Tomok dapat menjaga Ayu yang dianggapnya bagaikan bidadari sebaik mungkin. Begitu juga dengan Ayu dapat hidup bahagia bersama Tomok serta menerima kami sekeluarga seadanya," jelas Zul.
Sebaik selesai upacara memotong kek, Tomok sempat berucap sebelum mendendangkan lagu Bagaikan Bidadari yang dipinta peminat yang hadir pada majlis itu.
"Terima kasih kepada semua sekali kerana sudi hadir majlis perkahwinan saya. Saya dan isteri berharap semuanya berjalan dengan lancar. Untuk tidak mengecewakan semua, saya mendendangkan lagu Bagaikan Bidadari yang mana lagu ini dicipta khas untuk isteri," ujarnya.
Majlis resepsi yang berlangsung secara meriah itu telah dihoskan oleh pengacara Aidil Abd Ghafar. Ramai artis popular tanahair hadir sama seperti Fasha Sandha, Faizal Tahir, Ifa Raziah, Azwan Ali, Yuna, Newboyz, Shah Slam, Shila Amzah, One Sofarz, Stacy, Akim, Linda Onn, Intan Ladyana, Thumb Suhaimi, Ana Raffali, Black, Mohd, Farah Asyikin dan Jaclyn.
Malam resepsi ini turut diserikan dengan persembahan dari Akim, Stacy, Isma, Zul 2BY2, Black dan Jaclyn Victor. Lebih menarik, ayah Tomok telah mendendangkan lagu Getaran Jiwa sambil bermain keyboard. Selain persembahan dan tarian jawa dari artis budaya Saloma Bistro, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan tayangan video semasa majlis pernikahan Tomok yang diadakan pada 1 Julai lalu. Murai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment