Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Wednesday, July 20, 2011

Minda Separuh Sedar : Hipnosis

Photobucket

Ilmu hipnosis ini adalah suatu ilmu yang baru. Namun, ia ada kaitannya dengan minda manusia. Pada pandangan sesetengah orang, ilmu hipnosis dikaitkan dengan pukau. Mungkin benar, dan mungkin tidak. Ini adalah kerana, perjalanan dan cara pelaksanaan hipnosis kelihatan seperti memukau seseorang, namun sebenarnya ia tidak bersifat pukauan.

Hipnosis berlaku dalam keadaan diri kita berada dalam keadaan yang tenang. Berada antara jaga dan tidur. Tidak dan bukan tidur sepenuhnya seperti terkena pukauan. Lantaran itu, hipnosis tidak boleh dianggap seperti ilmu pukau.

Semasa hipnosis dilakukan, diri kita akan kelihatan seperti ‘tidur’, tetapi kita masih mampu untuk mendengar dan berinteraksi. Dari segi sains kuasa minda, hipnosis adalah cara untuk memasuki ke alam minda separa sedar seseorang dengan cara menghipnosis individu tersebut. Pada ketika itu, kita boleh mem’program’ seseorang itu mengikut apa yang dikehendakinya.

Satu contoh program yang dapat dilakukan melalui hipnosis adalah menghilangkan ketagihan merokok. Umum telah tahu bahawa seorang perokok amat sukar untuk menghentikannya. Ini adalah kerana, tubuh badannya telah memprogramkan bahawa dia perlu mengambil rokok pada ketika dan masa tertentu.

Jika tidak mengambil rokok maka ketagihan akan berlaku, kedudukan dirinya menjadi tidak senang dan tenteram selagi tidak menyedut asap rokok. Ini menunjukkan bahawa badannya telah diarah oleh minda untuk menerima rokok pada ketika itu. Melalui hipnosis, diri perokok boleh diprogramkan semula untuk menghentikan tabiat itu.

Keadaan ini berlaku apabila minda separa sedar perokok tersebut diaktifkan dan diberikan saranan untuk meninggalkan tabiatnya itu.Hipnosis adalah satu situasi dan fenomena semula jadi dan natural.

Mari kita cuba menghipnosiskan diri melaui gambar - gambar di bawah ini.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Cinch Shake Mix Shaklee, Jom sihat dengan Shaklee



Ingin Mengurangkan Berat Badan ? Cinch Shake Mix Shaklee adalah jawapannya. Ianya sihat, selamat dan berkesan.

Hubungi saya perunding vitamin anda..
Iju dan Sharaz
Shaklee Independent Distributor [ ID NO : 924142]
sms/whatsapp : 018 - 2915102
FB : Ikut suke orang la..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..