Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Sunday, July 10, 2011

Cucu Pertama Raja Azmi Muhammad Akid

Photobucket

Tahniah pada penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman atas kelahiran cucu pertamanya yang bernama Muhammad Akid Bin Mohammad Shadan.

Bayi lelaki seberat 3.4 kilogram itu telah dilahirkan dengan selamat oleh ibunya, Puteri Suraya Mohd Jalani yang juga anak sulung kepada Raja Azmi di Hospital Ampang Puteri pada Ahad, 5 Jun 2011 yang lalu, tepat jam 12.21 tengahari.

Kelahiran bayi tersebut bukan saja telah disambut dengan rasa penuh sebak dan kesyukuran oleh kedua-dua ibu bapanya tetapi ia juga oleh Raja Azmi serta suaminya, Jailani Sidek yang merupakan pemain badminton negara.

Malah, apa yang diberitahu Raja Azmi juga tidak dapat menahan air matanya daripada menitis sebaik saja cucunya yang pertama itu berada di dalam pangkuannya.

Dia juga turut menganggap bahawa setelah diuji dengan pelbagai cabaran serta dugaan sebelum ini, kelahiran bayi tersebut adalah satu rahmat yang cukup besar dalam hidupnya. Murai

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..