Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Wednesday, July 20, 2011

“Juvana Popularkan Saya” – Cikgu Zakiah

Photobucket

Sudah 5 tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, Juvana merupakan satu anjakan populariti buat empunya nama Izreen Azminda. Dalam drama Juvana, Izreen diberikan kepercayaan oleh pihak produser, Filmscape untuk memegang watak utama sebagai Cikgu Zakiah.

Bukan satu kerja yang mudah, tetapi Izreen menerima peluang tersebut dan melakukan tugas sebaik mungkin. Buktinya, 13 episod sejak ditayangkan pada April lepas berjaya meraih jumlah penonton sebanyak 2.4 juta setiap minggu.

Photobucket

“5 tahun berlakon, saya banyak membawa watak antagonis. Pertama kali, Filmscape, satu-satunya produksi telah menawarkan watak protagonis untuk drama Juvana. Saya amat berterima kasih kepada Filmscape yang memberikan kepercayaan untuk menjayakan watak Cikgu Zakiah. Drama Juvana banyak mempopularkan saya.

Di luar, orang memanggil saya sebagai Cikgu Zakiah. Saya tak kisah, itu menunjukkan watak Zakiah sebenarnya kuat memberikan impak kepada penonton.

“Kalau diikutkan, saya sebenarnya seorang yang kasar & lasak. Namun, watak Cikgu Zakiah ialah lembut & bertoleransi. Sebagai seorang kaunselor, Cikgu Zakiah harus menyelesaikan sesuatu masalah tanpa kekerasan. P

ada mulanya, saya agak kekok untuk menjiwai watak Cikgu Zakiah. Namun, saya mengkaji ciri-ciri kelembutan yang ada pada mak saya. Apa yang anda lihat di TV, itulah personaliti mak saya,” jelas Izreen Azminda, 26 tahun.

“Selepas itu, saya telah ditawarkan untuk berlakon dalam Stanza Cinta. Kini, rezeki melimpah ruah apabila menerima tawaran untuk drama Telapak Kaki Bonda arahan Kabir Bhatia yang akan ditayangkan di TV3 sempena raya kelak. Kabir Bhatia seorang yang senang nak bekerjasama, tak banyak songeh,” kata Izreen mengenai perkembangan terbarunya.

Photobucket

Selalu memegang watak bertudung, adakah Izreen juga bertudung di luar?

“Jujur kata, sebenarnya saya amat selesa memegang watak bertudung. Cuma, saya belum bersedia secara 100% lagi. Insyallah, satu hari nanti saya akan memakai tudung juga, ” kata Izreen. -OHBULAN!

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..