Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Thursday, July 14, 2011

Sonali Bendre Tidak Suka Pakai Seluar Dalam

Photobucket

MUMBAI: Aktres jelita Bollywood, Sonali Bendre mencetuskan gosip hangat apabila dilihat tidak memakai pakaian dalam ketika berada pada satu majlis di hotel mewah anjuran pengarah terkenal Karan Johar dan turut dihadiri bintang terkemuka seperti Aishwarya Rai, Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra dan Kareena Kapoor.

Sonali dan Aishwarya Rai Bachchan berjalan bersama masuk ke majlis tetapi tidak lama selepas itu Sonali menjadi buah mulut berikutan ‘masalah’ pakaian beliau.
Bagaimanapun, jurucakap Sonali membuat kenyataan menafikan laporan itu yang disifatkan tidak berasas.

“Berita itu tidak benar sama sekali. Ia amat mengganggu fikiran Sonali dan keluarganya. Beliau merancang menyaman pihak yang menjadi punca berita itu,” katanya.

Laporan awal itu juga mendakwa, ia bukanlah kali pertama apa yang dipakai pelakon menjadi buah mulut. Sebelum ini, aktres terbabit pernah mencetuskan kontroversi hampir sama pada 1988.

Pada Mac tahun berkenaan, beliau dikritik kerana apa yang dipakai dalam majalah Showtime. Sonali dikatakan memakai gaun hitam dan jurugambar yang menyedari beliau tidak mengenakan seluar dalam mengedarkan gambar yang kemudian menjadi bualan hangat.

Sonali sentiasa menarik perhatian kamera ketika kemunculan umum kerana jurugambar mendapati beliau sentiasa berpakaian menarik manakala gambarnya menarik perhatian pembeli majalah.

Pada masa itu, beliau langsung tidak kisah dirakamkan gambar dan menjadi bualan ramai malah pernah menyatakan kepada media bahawa ‘saya gembira anda melihatnya.’

Rupa parasnya dikatakan lebih menjadi perhatian berbanding bakat lakonan. Sonali pernah memberikan komen dengan mengatakan peminat beliau perlu lebih menyedari bakat lakonannya.

Sebelum ini, aktres seperti Neetu Chandra dan Yana Gupta juga pernah dilihat mengalami masalah pakaian.

“Selepas berada dalam industri filem Hindi untuk satu tempoh yang lama dan berlakon dalam pelbagai filem berbeza ia tidak kelihatan aktres ini cuba berpakaian dengan baik untuk menarik perhatian media.

“Bagaimanapun kesilapan seperti ini tidak akan disedari, malah akan menyumbangkan lebih buruk kepada imej personaliti,” kata satu laman web Bollywood.

Sonali memenangi Anugerah Skrin Bintang bagi Aktres Pembantu Terbaik pada 2001 bagi filem Hamara Dil Apke Paas Hai.

Filem Sonali paling diingati adalah Marathi yang diarahkan Amol Palekar, Anahat. Filem lain yang mendapat sambutan baik termasuk Duplicate, Chori Chori dan Sarfarosh. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..