Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

Nyaris Rentung Bersama Lamborghini RM1.2j

Photobucket
TERBAKAR...anggota bomba menyiasat kebakaran sebuah Lamborghini di Damansara, semalam.

Wednesday, August 24, 2011

Orang Ramai Dinasihati Kejadian Panah Petir Semalam

Photobucket

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak gunakan telefon atau sebarang kelengkapan elektrik ketika ribut petir dan kilat.

Peringatan dikeluarkan Jabatan Meteorologi, sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kejadian seumpama itu kerap berlaku kebelakangan ini.

Rumah Terbuka Najib Di Seri Perdana Hari Pertama Aidilfitri 2011

Photobucket

KUALA LUMPUR 24 Ogos — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli Jemaah Menteri akan mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya pertama di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana, Putrajaya.

6 Maut, 5 Parah Dipanah Petir Di Rawang

Photobucket

SHAH ALAM 22 Ogos - Enam warga Indonesia maut manakala lima lagi parah dipanah petir dalam dua kejadian berasingan di tapak pembinaan projek perumahan elit berhampiran Jalan Rektor, Persiaran Kerjaya, Glenmarie di sini dan kebun sayur di Sungai Choh, Rawang, Selangor, hari ini.

Berhias Diri Yang Haram

Photobucket

1-Menyerupai orang kafir
Dari Abu Syuaib RA,Rasulullah S.A.W bersabda, "Tidak termasuk golongan kami orang yang meniru selain kami, jangan lah kamu meniru orang Yahudi dan Nasrani" (HR Tirmizi, diHasankan oleh al-Albani)

Thursday, August 18, 2011

Tinggal Kenangan.. Pasangan Pengantin Baru Diserang Jerung

Photobucket

VICTORIA (Seychelles): Percutian dan bulan madu pasangan pengantin baru di pulau peranginan di Lautan Hindi bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dibaham ikan jerung, semalam.

Saturday, August 13, 2011

Gambar : Cara Unik Menggunaakan Kepala Ikan Dalam Seni Kreatif

Photobucket

Anne-Catherine Becker-Echivard nama wanita yang mana amat suka membuat karya yang berasaskan kepala ikan. Ia kemungkinan bunyinya agak pelik tetapi amat menarik Dan untuk mencipta karya seperti ini adalah tidak semudah yang disangka.

Artis ini menggunakan negatif filem kamera dan gambar-gambar yang sedia ada untuk mencipta gambar yang anda dapat lihat di dalam entri ini. Setiap seorang atau seekor ikan yang telah disenikan ini boleh mengambil masa sehingga tiga bulan untuk disiapkan.

Teknik Ilusi Daripada Bill Nye

Photobucket

Memang menakjubkan bagaimana mata kita boleh tertipu dengan teknik ilusi yang marvelous dari Bill Nye ini.

Wednesday, August 10, 2011

11% Pelajar Kelantan Ada Masalah Mental


Photobucket

KOTA BAHARU – Antara 10 dan 11 peratus remaja khususnya pelajar di Kelantan menghadapi masalah mental dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini.

Ketua Jabatan Psikiatri HUSM Prof Madya Dr Mohd Jamil Yaacob berkata mereka ini, yang termasuk murid sekolah rendah, adalah antara lebih 700 pesakit yang menerima rawatan setiap bulan di klinik psikiatri hospital itu termasuk kes berulang.

“Ini adalah fenomena baru dalam masyarakat kesan tekanan hidup dalam kekeluargaan dan pelajaran di dunia yang semakin mencabar sekarang,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini Selasa yang turut dihadiri Pengarah HUSM Datuk Dr Zaidun Kamari.

Photobucket

Mohd Jamil berkata kebanyakan pelajar yang menghadapi masalah mental itu adalah disebabkan faktor keturunan, masalah keluarga di rumah dan persekitaran sekolah.

Katanya peningkatan jumlah pelajar yang menerima rawatan itu berikutan kesedaran orang ramai terhadap peranan dan tugas yang dimainkan oleh klinik psikiatri dalam menyelesaikan pelajar yang menghadapi masalah itu.

“Sebelum ini, ramai ibu bapa enggan datang ke klinik psikiatri kerana tidak sanggup menerima tanggapan negatif masyarakat yang menganggap mereka datang ke klinik berkenaan sebagai penghidap penyakit jiwa,” katanya.

Untuk menghilangkan tanggapan negatif itu juga, Jabatan Psikiatri HUSM mengambil inisiatif menamakan klinik ini sebagai “Klinik Bimbingan dan Remaja” sejak 2002.

Selain itu, katanya, petugas jabatan itu mengadakan lawatan ke sekolah bagi memberi khidmat bimbingan terapi kepada pesakit terbabit.

Zaidun pula berkata tahap penerimaan masyarakat dalam mendapatkan rawatan mental di hospital lebih tinggi berbanding sebelum ini kerana kebanyakan mereka yang terlibat dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya mendapat kemudahan kerajaan, khasnya daripada Jabatan Kebajikan masyarakat. – BERNAMA

Tuesday, August 9, 2011

"Mama Maafkan Abang, Abang Janji Tak Akan Buat Lagi."

Photobucket

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu..

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.

"Mama, abang minta maaf ... Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ... Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.

"Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat kerana kesakitan itu.

"... Abang janji tak akan buat lagi."

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..."

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

"Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

"Anak puan ... Telah meninggal dunia."

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

"Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.

Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Thursday, August 4, 2011

Apabila Eman Manan Bersenam

Photobucket

Dalam paparan Tahajjud Cinta episod ke-4 yang lalu ada memaparkan babak Eman manan sedang bersenam. Agak pelik cara senaman yang dilakukan. Rupanya ia adalah senaman teknik Harimau. Senaman Kesihatan untuk lelaki.

Ini adalah pertama kali saya melihat teknik senaman sebegitu. Boleh cuba mempraktikkan gerak gaya Eman Manan ini untuk tujuan kesihatan. Teknik senaman harimau ini sering disinonimkan dengan kemampuan batiniah.

Kalau anda nak mencuba, silakan. Pastikan anda berada di bawah pengawasan mereka yang lebih berpengalaman dan pernah melakukan teknik senaman ini, takut ada yang terputus urat pulak kang.. hihi

Perkara - Perkara Yang Membatalkan Puasa

Photobucket

1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak); berdalilkan pemahaman dari ayat Allah; “…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah; 187)

2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.

3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi’ie); berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Mengikut pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak (penuh mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasa dengan ijmak ulamak.

4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak); wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.

5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.

6. Memasukkan sesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. Perkara ini membatalkan puasa mengikut mazhab Syafi’ie, Malik dan jumhur ulamak dengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.

7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.

8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung.[1]

9. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak juga.

10. Gila; jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.

11. Berbekam (mengeluarkan darah); batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.

12. Berniat keluar dari puasa; batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut Abu Hanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie; tidak batal puasa.

Wednesday, August 3, 2011

Khairul Fahmi Pulang Cincin Ikut Adat Melayu

Photobucket
PULANG...Khairul Fahmi ditemani ibu dan ayahnya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, kota Bharu, malam kelmarin.

KOTA BHARU: Kontroversi putus tunang penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, hampir menemui noktah apabila hero Harimau Malaya itu mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunangnya dalam masa terdekat. Khairul Fahmi juga berkata punca dia memutuskan pertunangan bukan kerana orang ketiga.

Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala urusan dilakukan mengikut adat Melayu termasuk menyerahkan semula cincin pertunangan yang bakal disempurnakan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kata Khairul Fahmi, dia tidak turut serta ketika urusan penyerahan cincin itu kerana terpaksa ke Slovakia beberapa minggu bagi menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik.

“Saya sudah meminta keluarga angkat di Kuala Lumpur menyerahkan cincin pertunangan yang saya terima mengikut adat Melayu sebagai tanda tiada lagi ikatan pertunangan. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi masalah lain kerana saya mahu ia diselesaikan secara baik.

“Penyerahan cincin akan dilakukan dalam masa terdekat namun malangnya saya tidak berada di sini kerana terpaksa menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik di Slovakia,” katanya ketika di temui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, malam kelmarin. -myMetro

I'm About To Prove U Wrong : Rebbecca Black

Photobucket

Nampaknya kebencian terhadap penyanyi baru Rebbecca Black semakin menuncak sejak Friday sehingga amat sukar sekali jika hendak melihat ada komen2 yang positif tentang lagu, dirinya dan video klipnya malah dia jadi bahan jenaka pulak di youtube.

Apa yang saya tahu Rebbecca Black ini baru berusia 14 tahun, lahir pada 21 Jun 1997 dan asal dari Amerika. Muda sangat lagi tu..

Photobucket

Rabecca Black dilabel dibawah label rakaman ARK Music Factory. Lagu Friday ni meletup di you tube, bukan sebab suara dia sedap, tapi popular sebab suara dia yang tak sedap. Popular jugak tu walaupun suara tak sesedap mana. Banyak pengkritik muzik menganggapnya sebagai "lagu terburuk yang pernah dicipta" kategori video muzik.

Photobucket

Nampaknya tidak semua yang membenci beliau. Pastinya anda akan terkejut jika saya beritahu bahawa Simon Cowell adalah peminat beliau "Saya menyukainya dan bukti bahawa ia mendapat begitu banyak publisiti. Ramai orang yang membenci lagu tersebut tetapi saya mengangapnya sebagai sesuatu yang menarik dan lucu. " kata bekas juri American Idol itu.

Dan apabila ditanya sejauh mana dia menyukai Rebecca. Simon menjawab beliau amat teringin berjumpa Rebbecca kerana tiada siapa pun yang berjaya membuat kontrovesi sebesar ini dalam beberapa minggu sahaja, saya mahu bertemu dengannya. saya menyukai orang-orang yang sepertinya."

Photobucket

Nampaknya dengan hinaan dan cacian yang diterima tidak mematahkan semangat Rebecca Black untuk terus berkarya. Malah kini Rebecca Black mengeluarkan lagu terbaru My Moment bagi membuktikan yang dia telah berjaya dalam bidang musik. Baru ade 2 lagu dah dianggap berjaya kah??? Lagu ini juga tidak ketinggalan mendapat kritikan - kritikan pedas di luar sana. Antara lirik lagu tersebutyang ditujukan kepada mereka yang membencinya:

Were you the one who said that I would be nothing
Well, I’m about to prove you wrong
I’m not the only one who believes in something
My one wish is about to come true

Video clip lagu tersebut dikatakan berlebihan dimana seolah - olah rebecca telah menghasilkan lebih dari 100 album dan ingin mengatakan kepada dunia yang beliau telah berjaya dipersada seni sedangkan beliau baru ada 2 single jer.

Photobucket

Terbaru satu video di youtube dinamakan Kid React memaparkan reaksi kanak-kanak apabila melihat video Friday dan terbaru "My Moment" Rebbecca Black ini.. Saksikan..



Gila!! Pemandu Ini memang Hebat!!!

Photobucket

Terasa bagai nafas terhenti apabila melihat aksi pemandu ini berusaha memandu lorinya menuruni bukit dan jalan yang sangat kecil itu. Untuk mempunyai skill seperti ini pemandu tersebut mestilah mempunyai pengalaman memandu bertahun- tahun lamanya.

Sunday, July 31, 2011

Tiada Orang Ketiga : Khairul Fahmi

Photobucket

KUALA LUMPUR: Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.


Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Photobucket
Khairul Fahmi bersama bekas tunangnya Ella

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.” -myMetro

Photobucket
Gambar: Merupakan wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Khairul Fahmi.

Dahlia Teck merupakan Model kelas photography yang berasal dari Kelantan, merupakan salah seorang model yang amat terkenal di Kelantan beliau juga baru sahaja tamat SPM.

Friday, July 29, 2011

Ustaz Kasim Elias : Ramadhan

Photobucket

Islam itu mudah tetapi tidak untuk dipermudahkan. Islam itu indah dan sejahtera jika kita amalkan cara hidup Islam yang sebenar - benarnya. Bersama - samalah semoga kita mendapat keberkatan daripada ceramah di bawah ini. Dan semoga kita dapat menghadapi ramadhan pada tahun ini dengan penuh keberkatan.

Sahabat Iju..