Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Monday, July 4, 2011

Majlis Pernikahan Noh Hujan dan Mizz Nina

Photobucket
Kad Kawin Noh Dan Mizz Nina

" Selepas lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman. Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang, dekat sini. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Mizz Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pukul 10.20 malam, Jumaat. "

Sebenarnya tarikh hari ini (1 Julai)juga merupakan tarikh lahir Mizz Nina, kiranya 2 in 1 lahkan, dua2 majlis bersejarah untuknya, majlis perkahwinan mereka ini dilangsungkan di Ampang Jaya dengan majlis tertutup hanya untuk keluarga terdekat sahaja. Walaubagaimanapun Pada 3 Julai ini, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Eleg.

Pada majlis tersebut, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan duit mas kahwin pula adalah sebanyak RM888.88 bersama tujuh dulang hantaran yang antaranya adalah sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.

Dan dibalas sebanyak tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang antaranya adalah sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.

Mereka juga akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi berkonsepkan Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan, mesti comel nie, patutlah kad kahwin diorang bercorak kimono dan pada 6 Julai ini akan diadakan majlis sambut menantu (sebelah lelaki) di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

- Tahniah Noh dan Mizz Nina!

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..