Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Monday, July 4, 2011

Fazura dan Neelofa Bergaduh?

Photobucket

Satu-persatu kontroversi mengenai pendatang baru, Neelofa mula bertebaran sejak menjuarai Pertandingan Dewi Remaja 2010.

Gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini pernah dikaitkan sebagai punca perpisahan antara Shahz Jaszle dengan Maria Farida. Tidak cukup dengan itu, pemilik nama Noor Neelofa binti Mohd Nor ini dikatakan tidak berdisiplin kerana kerap datang lewat ke lokasi penggambaran drama 'Kitab Cinta'.

Bukan itu saja, pelakon cantik dan seksi ini juga sering dikaitkan dengan golongan VVIP. Dengan pelbagai kontroversi yang menghimpit pelakon ini, tidak keterlaluan jika dikatakan, Neelofa bakal menjadi pelapis ratu kontroversi dalam industri hiburan tempatan.

Baru-baru ini, pelakon yang mesra dengan panggilan Lofa ini dikhabarkan bergaduh dengan aktres jelita, Fazura di set penggambaran drama bersiri 'Tahajjud Cinta'. Difahamkan, punca pergaduhan mereka ada kena-mengena dengan seorang kerabat diraja.

“Saya tak boleh nak bagi penjelasan banyak tentang isu ini. Saya tidak ada masalah dengan Fazura atau sesiapapun. Orang hanya mengada-adakan cerita tersebut kerana perkara itu tak jadi pun,” ujar Lofa ketika ditemui di majlis pelancaran drama 'Tahajjud Cinta' di Sri Pentas, Bandar Utama.

“Kami ada bertemu di set beberapa kali, namun kami tidak ada babak yang sama. Kami berdua hanya buat hal masing-masing. Memang tak ada pergaduhan berlaku dan memang tidak jadi langsung benda itu. Sudah tentu saya tidak akan biarkan perkara tersebut berlaku dan saya pasti Fazura juga begitu. Bagi saya, dia seorang yang profesional.”

Apabila ditanya adakah dia selesa apabila sering dikaitkan dengan golongan VVIP, Lofa memberitahu, “Saya tak kejar duit kerana saya lebih mencari kebahagiaan. Saya akui agak ‘tension’ dan ‘stress’ untuk telan semua ini namun saya redha.”

Menyentuh mengenai wataknya dalam drama 'Tahajjud Cinta', gadis berusia 22 tahun ini menjelaskan, dia membawa watak sebagai Armani, seorang remaja yang agak sosial dan suka memberontak.

“Ini kali pertama saya membawa watak jahat. Armani seorang remaja yang rosak akhlak dan dihantar ke sekolah pondok oleh keluarganya. Di sana, dia menggoda Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki lakonan Eman Manan. Tak dapat anak, dia goda pula Ustaz Shauki. Itu yang paling mencabar untuk saya kerana terpaksa menggoda orang.”

Selain drama, Lofa juga bakal muncul dengan filem 'Azura 2011' dan 'King Kapcai' tidak lama lagi. Dalam perkembangan lain, Lofa bakal menjalani penggambaran filem 'Saya Amat Mencintaimu' (SAM) terbitan Skop Production pada Julai ini serta sebuah filem bersama Hans Isaac pada bulan Ramadhan nanti. Gua

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..