Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..
Friday, July 8, 2011
Tunjuk Perasaan Pertama Dalam Sejarah Islam
Gambar Sekadar Hiasan
Tahukah anda tunjuk perasaan pertama dalam sejarah islam?... peristiwa pembunuhan Khalifah ke-3 Hardat Uthman bin Affan r.a. adalah demonstrasi pertama yang dilakukan oleh orang islam yang berakhir dengan pembunuhan ketua orang islam itu...inilah seburuk kejadian yang berlaku dalam islam apabila islam berbunuhan sesama islam kerana berpunca dari hasad dengki sesama islam....
Gambar sekadar hiasan
Adakah orang islam yg berbangsa melayu di negara ini suka mengulangi kesalahan yang sama seperti pembunuhan hadrat uthman ra? ....hadrat uthman ra beritahu sebahagian sahabat yang lain sebelum dia dibunuh..'sekiranya orang islam yg membunuh aku nanti, maka tidak akan bersatu lagi sebagai satu umat..' krn dosa berbunuhan sesama islamlah....hingga hari ini umat islam tidak dapat menjadi satu badan sepeti dulu lagi...sehinggalah umat islam kembali kepada ajaran islam yang sebenar yang dibawa oleh rasullullah saw..
Gambar sekadar hiasan
kisahnya bermula apabila cop mohor Khalifah telah disalah guna oleh orang yang memusuhi Khalifah untuk mengecap satu surat yang dihantar ke sahabat yang menjadi gabenor di mesir. Surat palsu yang ada cap mohor khalifah mengandungi arahan khalifah supaya sekumpulan orang yang melakukan kesalahan di mesir di bunuh. Utusan yang membawa surat itu telah ditahan oleh seseorang ditengah jalan dan baca surat tersebut dan mereka kembali ke Madinah dan hal ini tersebar dan sekumpulan orang islam yang percaya hal itu adalah memang dilakukan oleh Hadrat Uthman, dan mahu Hadrat Uthman letak jawatan. Desakan dibuat selama sebulan dan beliau dan para sahabat dikepung seramai 10ribu orang. Oleh kerana Uthman ra masih ingat pesanan Rasulullah ketika hidup dulu bahawa :
' wahai uthman, apabila kamu disuruh menanggalkan pakaian hijau, jangan kamu tanggalkan' (pakaian hijau yang nabi saw maksudkan ialah jawatan Khalifah)....
Oleh kerana, hadrat uthman pegang kepada kata-kata rasulullah lah beliau tidak melepaskan jawatan itu walaupun nyawa beliau melayang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment