Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Thursday, July 7, 2011

Semua Mangsa Terselamat!!

Photobucket

Photobucket

UPDATE: Semua mangsa selamat
Dalam kejadian 30 Murid, 3 Guru Tadika di Muar Jadi Tebusan Lelaki Bersenjata. Semua mangsa berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi.

Dua wanita dipercayai saudara suspek turut berada di tempat kejadian bagi memujuk beliau melepaskan mangsa dan menyerah diri. Difahamkan antara tuntutan lelaki berusia 30-an itu ialah supaya diberikan sepucuk pistol automatik.

Lelaki bersenjata parang yang menjadikan mereka sebagai tebusan sejak pagi tadi dilaporkan parah akibat ditembak di kepala.

Guru dan murid terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan pulang. Lelaki terbabit pula berada dalam keadaan kritikal selepas terkena sedas tembakan di kepala dan dia juga dihantar ke sama untuk rawatan.

Photobucket

Photobucket

Terdahulu, sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman bertindak menyerbu banglo dua tingkat itu selepas usaha memujuk lelaki terbabit membebaskan tebusan dan menyerah diri gagal.

Drama tebusan itu bermula 9.30 pagi tadi apabila lelaki yang bersenjatakan parang menceroboh tadika berkenaan.

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..