Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Thursday, July 7, 2011

Kanak - Kanak Lemas Dalam Kereta Kecuaian Atau Takdir??

Photobucket

MACHANG: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci.

Pada masa sama, Ishak Salleh, 50, yang tergerak hati melihat kemungkinan anaknya tertinggal dalam kereta, memberi kunci kenderaan kepada seorang sepupunya supaya meninjau sebelum kakaknya, Che Mas Salleh, 55, memberitahu anaknya tidak bermaya.

Penduduk kampung cuba memberi bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut berikutan keadaannya terlalu lemah dan mangsa menunjukkan reaksi apabila muntah, namun apabila tiba di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari kelmarin.

Ishak berkata, dia turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama.

“Memang saya tidak menyangka kejadian itu. Saya sangka anak saya mengikut ibu dan bapa saudaranya naik ke rumah sepupu kami, tetapi tidak menyangka berlaku sebaliknya apabila dia (arwah) ‘tertinggal’ dalam kereta yang terkunci.

“Ketika pulang daripada urusan pengebumian jenazah, barulah saya teringat anak dan mungkin berlaku kejadian tidak diingini kerana keadaan di luar begitu panas menyebabkan saya mendapatkan bantuan sepupu untuk melihatnya di kereta,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, Machang, semalam.

....................................................................................

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut dipercayai lemas akibat kepanasan selepas ‘terkurung’ dalam van sekolah selama hampir tiga jam, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa, Alyah Zainal Abidin dikatakan tidak turun daripada kenderaan berkenaan sebaik tiba di tadika, di Bandar Baru Bangi, dekat sini, sebelum enjin van sekolah itu dimatikan.

Difahamkan, semua rakan, guru dan pemandu van terbabit juga tidak perasan kanak-kanak malang itu masih berada dalam van berkenaan. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood berkata, kanak-kanak itu hanya ditemui pemandu van berkenaan selepas sesi pembelajaran tamat kira-kira jam 11 pagi.

“Mangsa ditemui dalam keadaan pengsan dan dia segera dikejarkan ke Hospital Kajang oleh pihak pengurusan tadika berkenaan untuk diberikan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan. “Kami klasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut (SDR) kerana siasatan mendapati tiada unsur jenayah. Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya

....................................................................................

SEREMBAN - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terperangkap hampir tujuh jam dalam kereta milik ibunya di pekarangan sebuah sekolah rendah agama di bandar ini, semalam.

Bapa mangsa, Mohd Khir Abd Majid, 45, berkata, anaknya, Izzah Athirah, 10, menaiki kereta jenis Perodua Alza bersama isterinya dan tiga adik-beradik yang lain ke sekolah berkenaan.

“Saya difahamkan Izzah Athirah tidak mahu keluar daripada kereta sebab dia tiada kasut sekolah. Sudah puas dia cari kasut itu di merata-rata tempat tetapi tidak jumpa.

“Allahyarham tinggal sendirian di dalam kereta, sementara isteri yang bertugas sebagai guru di sekolah berkenaan terpaksa bergegas ke kelas bersama tiga anak kami, kira-kira jam 7.30 pagi,” katanya kepada pemberita di pekarangan Hospital Tuanku Ja’afar, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Rembau (Bahagian Pendidikan Khas dan Swasta) berkata, salah seorang anaknya pergi ke kereta untuk memeriksa :keadaan Izzah Athirah, kira-kira jam 2 petang.

Menurutnya, mangsa terus dikejarkan ke hospital selepas dia ditemui dalam :keadaan lemas, dalam kereta yang berkunci dan ditutup semua tingkap namun disahkan meninggal dunia di hospital sama, kira-kira jam 2.15 petang.

“Semasa kejadian, saya berada di sebuah hotel dekat Port Dickson untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2011.

“Saya terus berkejar ke hospital selepas dimaklumkan seorang rakan mengenai kejadian yang menimpa Izzah Athirah,” katanya.

Mohd Khir berkata, pemergian anak kelima daripada lapan beradik itu diterima dengan reda dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Yayasan Sofa dekat Rembau, pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, mengesahkan telah menerima laporan ibu mangsa berhubung kematian anaknya dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 iaitu penjaga disyaki cuai dalam penjagaan kanak-kanak.

....................................................................................

ROM - Seorang bayi perempuan di Itali meninggal dunia selepas bapanya terlupa menghantar kanak-kanak itu ke pusat penjagaan dan meninggalkannya di dalam kereta yang panas selama lima jam. Elena Petrizzi, 22 bulan, meninggal dunia, Sabtu lalu, iaitu tiga hari selepas bapanya, Lucio, 45, meninggalkan kanak-kanak itu di dalam kereta secara tidak sengaja semasa pergi mengajar di universiti.

Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kehilangan air dalam badan oleh bapanya yang kemudian cuba menyelamatkan anaknya sebelum menghubungi ambulans. Namun pakar perubatan gagal menyelamatkan Elena yang mengalami bengkak otak akibat suhu tinggi mencecah 30 darjah Celsius di dalam kereta.
Lucio kini didakwa polis Itali atas tuduhan menyebabkan kematian.

Kejadian yang perlu diambil perhatian serius oleh ibubapa kerana ia boleh membawa kepada kemalangan nyawa. Sebelum ini pernah berlaku dan jika tidak diberi perhatian serius, kemungkinan akan terus berlaku. Ia mengingatkan kepada Sop untuk terus berhati-hati dan tidak melakukan perkara sama.

....................................................................................

WASHINGTON: Kematian bayi dan kanak-kanak akibat terperangkap dalam kereta dengan suhu panas di dalamnya meningkat di Amerika Syarikat sejak beberapa minggu lalu.

Perkembangan itu mendorong kerajaan dan pertubuhan keselamatan memberi peringatan kepada ibu bapa. Seorang penyelidik berkata, 18 kanak-kanak mati lemas sejak awal tahun ini, lapan daripadanya dilaporkan sejak 13 Jun.

Ia jumlah tertinggi dalam enam bulan pertama sejak penyelidik, Jan Null mula mengumpulkan data mengenai kejadian itu pada penghujung 1990-an.

Sehubungan itu, kerajaan dan pakar keselamatan menggesa ibu bapa supaya tidak meninggalkan anak mereka tanpa pengawasan di dalam kenderaan atau membiarkan mereka bermain di dalam kereta atau trak.

Sebahagian besar kes terbaru membabitkan kanak-kanak yang memasuki kenderaan tidak berkunci ketika cuaca panas dan kemudian tidak boleh keluar.

Mereka yang terbabit adalah ibu bapa yang baik, yang sayangkan anak tetapi membuat kesilapan hingga menyebabkan kematian, kata David Stirckland, pegawai di Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan.

Null dari Universiti San Francisco yang mengumpulkan data berhubung kes seumpama itu menerusi laporan media berkata, 37 kanak-kanak mati setiap tahun akibat lemas dalam suhu panas selepas terperangkap dalam kereta.

Jumlah kematian yang meningkat sepanjang Jun menarik tumpuan pihak berkuasa kerana Julai menjadi bulan paling banyak mencatatkan kematian membabitkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kenderaan.

Iklan Supplement Multivitamin Shaklee untuk Kanak-Kanak

Iklan Supplement Multivitamin Shaklee untuk Orang Dewasa

 

Saya Pengedar Sah Produk Shaklee


Produk Kesihatan dan Supplement Lengkap untuk seisi keluarga..

Dapatkan Supplement Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan zat mineral dari hanya RM 45.00* sahaja sebulan.

Limited Stok Siapa Cepat Dia Dapat..

Saya Pengedar Sah Produk Supplement Shaklee 
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi 
Shaklee Id : 924142 
sms/call :019-9427541 
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak

* Harga tidak termasuk pos, Pack untuk sebulan adalah repack dari pack asal (2 bulan).

Kita perlu supplement kerana kita tidak mendapat khasiat yang sepatutnya dalam pemakanan harian kita. Supplement membantu kita mendapatkan khasiat yang sepatutnya..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..