Hak Kepada Perhimpunan Aman & Kebebasan
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) meminta pihak berkuasa membebaskan beberapa Ahli Parlimen dan aktivis yang ditahan baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.
Menurut Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam, mereka yang ditahan berhubung isu perhimpunan Bersih 2.0 itu sepatutnya diberikan hak kepada perbicaraan terbuka dan diwakili peguam.
Perkara itu, katanya selaras dengan Perkara 9, 10 dan 11 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang menyebut tiada sesiapa pun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya.
Malah, katanya sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerajaan bertanggungjawab menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat.
“Dalam perkara ini, Suruhanjaya telah berulangkali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan esok, Hasmy mengalu-alukan perbincangan antara penganjur Bersih dengan pihak berkuasa.
Namun beliau mengingatkan kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
“Suruhanjaya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara ini dapat dicapai antara pihak berkuasa dan BERSIH dalam semangat perdamaian, seperti yang dititahkan oleh baginda Tuanku Yang Di Pertuan Agong.” katanya.
Hasmy turut memaklumkan, SUHAKAM akan memantau perhimpunan itu sewajarnya. – mynewshub.my
Saya Pengedar Sah Produk Kesihatan dan Supplement Shaklee
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi
Shaklee Id : 924142
sms/call : 019-9427541
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak
No comments:
Post a Comment