Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Thursday, March 7, 2013

Senarai Kem Askar Wataniah Seluruh Malaysia




Terdapat enam belas rejimen Siri 500 Askar Wataniah di seluruh Malaysia pada ketika ini. Setiap rejimen mempunyai tiga batalion yang ditempatkan di beberapa lokasi.

Rej 501 AW - Kem Tebrau Johor Baharu.
Rej 502 AW - Kem Sg. Buluh Selangor.
Rej 503 AW - Kem Jalan Tambun Ipoh.
Rej 504 AW - Kem Bukit Keteri Kangar.
Rej 505 AW - Kem Telok Sisek Kuantan.
Rej 506 AW - Kem Pangkalan Chepa Kota Bharu.
Rej 507 AW - Kem Bukit Perwira Kota Kinabalu.
Rej 508 AW - Kem Jalan Rasah Seremban.
Rej 509 AW - Kem Lebuhraya Peel Pulau Pinang.
Rej 510 AW - Kem Sri Rejang Sibu.
Rej 511 AW - Kem Ria Kompleks Kuching.
Rej 512 AW - Kem Padang Midin Kuala Trengganu.
Rej 513 AW - Kem Bukit Pinang Kepala Batas Kedah.
Rej 514 AW - Kem Bukit Bruang Melaka.
Rej 515 AW - Jalan Buku Lima, Ampang Kuala Lumpur.
Rej 516 AW - Kem Kukusan Tawau.

• Armor - Kor Armor Diraja telah mewujudkan Skuadron Armor Askar Wataniah yang diintergrasikan dalam setiap rejimennya. Skuadron-skuadron tersebut terletak di Port Dickson, Kuantan, Sungai Petani, Kuching dan Kota Belud, Sabah.

Elemen Bantuan Tempur

• Semboyan - Skuadron-skuadron Semboyan Medan Askar Wataniah telah ditubuhkan untuk mewujudkan barisan kedua pasukan pengendali komunikasi TD. Pasukan ini terdapat di Kuala Lumpur, Ipoh dan Sungai Besi.

• Jurutera - Mewujudkan Skuadron-skuadron Jurutera Askar Wataniah dengan melatih anggota Sukarela dalam aspek kejuruteraan medan. Skuadron-skuadron ini terdapat di Kuala Terengganu, Kajang, Klang dan Pulau Pinang.

• Artileri - Konsep penubuhan sama seperti Armor di mana satu Bateri Artileri Askar Wataniah diintegrasikan dalam Rejimen Artileri Diraja bertempat di Kota Bharu, Taiping, Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur.

• Risik – Kompeni Perisikan Diraja Askar Wataniah yang diintegrasikan ke batalion KRD (Tetap). Unit ini terdapat Sungai Petani.

• Polis Tentera – Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) telah menubuhkan 4 Kompeni KPTD AW iaitu di Pulau Pinang, Kuantan, Sungai Petani dan Kuching.
Elemen Bantuan Perkhidmatan

• Kor Perkhidmatan - Terdapat lima Kompeni Angkut Askar Wataniah  Satu Kompeni Bekalan dan Platun Hantaran Udara, AW. Lokasi unit-unit adalah di Seremban, Kuala Lumpur manakala Platun Hantaran Udara di Taiping.

• Kor Ordnans - Terdapat satu Kumpulan Ordnan Briged Askar Wataniah (KOB AW) bertempat di Kuala Lumpur dan terdapat unit KOB AW diwujudkan dengan diintegrasikan kepada unit tetap di Kuching, Taiping, Melaka dan Kuantan.

• Kor Jurutera Letrik Dan Jentera - Terdapat dua wokshop JLJ Askar Wataniah iaitu di Ipoh dan Kuala Lumpur manakala empat Wokshop Medan Askar Wataniah bertempat di Taiping, Melaka, Kuantan dan Kuching.

• Kor Kesihatan - Terdapat empat Kompeni Ubat Askar Wataniah bertempat di Kuantan, Kluang, Sungai Petani dan Kuching.

Elemen Pakar

Elemen pakar yang terdapat dalam Askar Wataniah terdiri daripada 2 kor iaitu Kor semboyan dan Kor Jurutera.

Rejimen Pakar yang terdapat dalam Kor Semboyan adalah:

• Rejimen Semboyan Diraja Pakar Telekom (AW) - Unit ini khusus bagi urusan penyelenggaraan perhubungan. Keanggotaan unit pakar ini terdiri daripada kakitangan Telekom Malaysia.

• Rejimen Semboyan Diraja Medan (AW)- Keanggotaan dalam pasukan ini terbuka kepada orang awam yang memiliki kemahiran dalam bidang telekomunikasi. Lokasi kedua-dua rejimen ini terletak di Padang Tembak Kuala Lumpur.

Rejimen Pakar yang terdapat dalam Kor Jurutera adalah:

• Jurutera Pakar Pelabuhan (40 RAJD Pakar AW): Unit-unit ini ditubuhkan di pelabuhan-pelabuhan utama negara. Keanggotaan terdiri daripada kakitangan pekerja pelabuhan Kuantan, Klang, Pulau Pinang, Bintulu dan Kuching.

• Jurutera Pakar Keretapi (50 RAJD Pakar AW): Unit ini bertanggungjawab bagi menyelenggarakan KTMB semasa darurat. Keanggotaan unit ini adalah kakitangan KTMB.

• Jurutera Pakar Pengendalian Air (60 RAJD Pakar AW): Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Bekalan Air.

• Jurutera Pakar Pengendalian Janakuasa (70 RAJD Pakar AW): Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Tenaga Nasional Berhad.

Kesemua rejimen ini di bawah pentadbiran Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja Senggara Perhubungan, Kem Bukit Haigate Jalan Padang Tembak Kuala Lumpur.

Link Berkaitan Askar Wataniah :

Sejarah Askar Wataniah..

Apa itu Askar Wataniah..

Syarat-syarat Menyertai Askar Wataniah..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..