Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Saturday, July 2, 2011

Majlis Perkahwinan Tomok

Photobucket

Semalam 1 Julai 2011 merupakan hari yang paling bersejarah buat penyanyi Tomok dan pasangannya Ayu diijabkabulkan dalam majlis yang penuh meriah.

Dibawah adalah beberapa keping gambar majlis khatam Al-Quran, sebelah pihak pengantin perempuan yang diadakan sebelum majlis pernikahan diantara penyanyi Tomok dengan pasangannya, Ayu atau nama sebenarnya Siti Rahayu Abas (31) . Shah Indrawan Ismail (26) atau lebih dikenali dengan panggilan Tomok, merupakan juara musim ketiga One In A Million (OIAM)

Majlis Khatam Al - Quran

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pada majlis tersebut, Rahayu atau Ayu yang juga merupakan pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11 dari pihak lelaki.

Majlis Pernikahan

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pasangan ini mula berkenalan secara tidak sengaja ketika Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Selepas bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis. Mereka berdua mula kerap berhubung sebagai sahabat. Tidak disangka hubungan persahabatan yang dijalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin.  Tahniah buat mereka berdua, moga berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata, amin.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..