Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Tuesday, July 5, 2011

Puteri Charlene Kene Kahwin Paksa

Photobucket

MONACO: Puteri Monaco yang baru, Puteri Charlene, dikatakan tiga kali cuba melarikan diri kembali ke negaranya di Afrika Selatan kerana menolak ‘perkahwinan yang diatur’ dengan Putera Albert.
Kali pertama Puteri Charlene (atau nama sebenarnya Chalene Wittstock) 33, cuba melarikan diri ketika berada di Paris pada Mei lalu untuk mencuba baju pengantinnya.

Menurut sumber, beliau melarikan diri dan bersembunyi di kedutaan negaranya yang terletak Paris. Dakwaan terbabit disiarkan akhbar Perancis, Le Journal du Dimanche, ternyata agak mengejutkan kerana Charlene tetap meneruskan perkahwinannya pada Ahad lalu.
Akhbar itu turut melaporkan, cubaan kedua Charlene dibuat pada bulan sama ketika Grand Prix Formula Satu Monaco berlangsung.

Menurut akhbar itu lagi, pihak berkuasa istana merampas pasport Charlene ketika beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang Nice untuk menggunakan perkhidmatan helikopter ke Paris.

Dia kemudian dipujuk untuk meneruskan perkahwinannya.
Akhbar Le Journal du Dimanche melaporkan, beberapa sumber mengesahkan bahawa persetujuan dicapai di antara bakal suami dan isteri itu. Namun begitu, Charlene dikatakan menangis teresak-esak sambil diperhatikan dengan tenang oleh suaminyanya yang berusia 53 tahun itu.

Sumber berkata, istana Monaco berharap, perkahwinan yang gilang gemilang itu - dihadiri oleh ramai orang terkenal dan kerabat diraja Eropah - akan menenggelamkan laporan mengenai anak luar nikah Albert.
Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan diraja itu menjadi bahan ketawa kerana menggunakan ciri-ciri yang keterlaluan, seperti kek perkahwinan terlalu tinggi sehingga lebih tinggi daripada pengantin, serta lantai tarian yang dilengkapi cermin. -myMetro

Lihat minit ke 3:40

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..