Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Saturday, July 2, 2011

Eira Syazira Muncul Dengan Album Pertama Di Hati Ini

Photobucket

Semuanya bermula apabila Eira Syazira  (27) menyanyikan lagu tema untuk drama siri, Cinta Balkis. Dari situ, nyanyian yang mulanya sekadar hobi buatnya, kini, menjadi sebahagian lagi karier dalam hidup Eira Syazira selain bidang lakonan.

Kemunculan album ‘DI HATI INI,’ berkonsepkan POP BALLAD, membuktikan penantian selama lebih setahun berbaloi apabila impian Eira Syazira selama ini dapat direalisasikan.

Album ‘‘Di Hati Ini’,’ memuatkan lima buah lagu iaitu ‘Di Hati Ini’, Nourel Ain, Sememangnya, Sisi Duka dan Bukan Mimpi Kesiangan dan diterbitkan oleh FG MUSIC & FILM (M) SDN BHD.

Berbicara mengenai album ini, Eira Syazira menceritakan pada mulanya nyanyian hanya untuk menghabiskan masa lapangnya. Namun, apabila diminta untuk menyanyikan lagu tema untuk drama bersiri Cinta Balkis, ianya benar-benar telah mengubah perjalanan hidupnya.

“Apabila video klip ‘Istana CInta,’ lagu tema drama tersebut dimuatnaik ke dalam Youtube, ianya mendapat sambutan yang cukup mengalakkan. Lebih dari 150 ribu pengunjung telah melihat video klip berkenaan dan mereka amat menyukainya,” tambah Eira Syazira, “Ditambah pula dengan sokongan peminat, telah memberikan saya kekuatan untuk terus menceburi bidang nyanyian,” katanya.

Status sebagai pelakon, tidak memberikan kelebihan kepada Eira Syazira untuk menceburi bidang nyanyian. Seperti individu lain, dia juga perlu menjalani ujibakat. Eira Syazira menceritkannya, “ Pada awalnya saya telah pergi ke sesi ujibakat yang diaturkan oleh syarikat rakaman dengan bertemu Adnan Abu Hassan. Semasa menanti jawapan, ianya agak gementar. Akhirnya, Adnan Abu Hassan memberikan ‘lampu hijau,’ dan memberitahu saya mempunyai tona suara yang unik.”

Dengan sibuk dalam bidang lakonan, proses penghasilan album ‘‘Di Hati Ini’,’ agak perlahan. Ianya mengambil masa hampir setahun lebih untuk disiapkan. Namun, ianya ada hikmah tersendiri apabila dalam masa yang sama, Eira Syazira telah mendalami ilmu seni suara bersama guru vokal yang tidak asing lagi iaitu Cikgu Siti Hajar. Selain untuk memantapkan persembahannya nanti, dia juga telah mempelajari teknik tarian dengan Cikgu Shazlan, antara koreografer terbaik dalam industri.

Dua buah lagu, iaitu ‘Di Hati Ini’ dan Sisi Duka, telah menjadi lagu tema untuk drama bersiri Ustaz Amirul yang disiarkan di TV3, baru-baru ini, menjadikan satu kelebihan buat album ‘‘Di Hati Ini’.’ Selain itu, sentuhan pengubah dan penulis lirik yang cukup berpengalaman seperti Adam Ahmad, Adnan Abu Hassan, Othman Mohamad, Syazwan Suhaimi dan Habsah Hassan, membuatkan lagu-lagu di dalam album ini mampu menarik minat pendengar.

Album ‘Di Hati Ini’, nyanyian Eira Syazira, bakal berada di pasaran bermula Jun 2011 dan diterbitkan oleh FG MUSIC & FILM (M) SDN BHD. Selain itu, lagu-lagu yang berada di dalam album ini sudah mula ke udara di stesen-stesen radio tempatan.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..