Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Tuesday, August 23, 2011

Sejarah Kerajaan Umayyah

Latar Belakang Kerajaan Umayyah

Kerajaan Umayyah diasaskan oleh Muawiyyah bin Abu Sufian bin Harb bin Umayyah bin Abdu Syam bin Abdu Manaf dan nama Umayyah diambil dari nama moyang beliau.

Photobucket
Susur Jalur Keluarga Muawiyah b Abu Sufian


Bermulanya kerajaan Umayyah ini setelah kewafatan Saidina Uthman. Umaiyah menggesa Saidina Ali r.a menjatuhkan hukuman kepada pembunuh Uthman r.a. Keengganan Saidina Ali menyebabkan Umaiyah enggan berbai'ah dengan Saidina Ali r.a sehingga tercetusnya Perang Siffin.

Photobucket

1. Muawiyah b Abi Sufian[40-60H/660-680M]
2. Yazid b Muawiyah[60-64H/680-684M]
3. Muawiyah b Yazid[64/684H]
4. Marwan al-Hakam[64-65H/684-685]
5. Abd Malik Marwan65-86H/685-705H]
6. Al-Walid b Abd Malik[86-96H-705-715M]
7. Sulaiman Abd Malik[96-99H/715-717M]
8. Umar Abd Aziz [99-101H/717-720M]
9. Yazid b Abd Malik [101-105H/720-724M]
10. Hisyam b Abd Malik [105-125H/724-743M]
11. Al-Walid b Yazid[125-126H/743-744M]
12. Yazid Al-Walid [126/744M]
13. Ibrahim Al-Walid[26H744M]
14. Marwan B Muhd[127-132H/744-749M]

Klik untuk cerita lanjut tentang setiap khalifah

Sumbangan Kerajaan Umayyah

A. Perkembangan Ketenteraan

1. Mengemaskinikan angkatan tentera dengan meniru corak gerakan tentera Parsi.
Beliau membahagikan tentera kepada lima pasukan/ketumbukan.

Photobucket

2. Menubuhkan angkatan perang yg teratur dgn kelengkapan senjata yang canggih. Mereka dilatih perang pada musim panas dan sejuk sebagai persediaan menghadapi tentera Rom di Eropah.

3.Pasukan tentera laut mengandungi 1700 buah kapal perang pd zaman Muawiyah.Pengkalan tentera laut dibina berpusat di Tunisia, Pelabuhan Syria dan Iskandariah di Mesir.

4.Di zamana Khalifah Abd Malek Marwan, mereka mewajibkan rakyatnya menjadi tentera dan menubuhkan jabatan khas Diwan al-Jund bertanggungjawab mentadbir dan menguruskan hal ehwal ketenteraan.

Kekuatan tentera memberi kesan kpd perluasan negara dan dakwah Islam. Pemimpin tentera [pentadbir dan ahli agama menjadi imam ketika solat dan dalam peperangan]. Antara tokoh tentera cemerlang ialah :

i) Muhammad al-Qasim membuka wilayah Sind di India
ii) Tariq b Ziad membuka Andalus, di Sepanyol
iii) Musa b Nusair membuka Afrika Utara
iv) Qutaibah b Muslim al-Buhaili membuka negeri Ma Wa Ra an-Nahri
v) Musallamah b Abdul Malik berjaya memusnahkan Kubu-kubu Rom

B. Perkembangan Pendidikan.

Khalifah Bani Umayyah sangat mengambil berat terhadap ilmu pengetahun dan bertindak sebagai penggalak buktinya;
Khalifah Abd Malek b Marwan dan Umar Abd Aziz Ulamak yang alim dalam bidang Al-Quran, tafsir, hadis dan nahu. Suasana pendidikan pada ketika itu………

- Lahir ulamak dalam bidang al-Quran, al-Hadis dan perundangan seperti Imam Abu Hanifah di Kufah dan Imam Malek di Madinah

- Kota Basrah terkenal pusat penyebaraan ilmu. Antara tokoh yang lahir:
i. Khalil b. Ahmad
ii. Sibawih : Bahasa Arab
iii. Abu Aswad al-Dawali: Memperkenalkan tanda bunyi baris Atas[ َ ] , baris bawah [ ِ ] dan baris hadapan [ ُ ] bagi membantu pembacaan al-Quran dengan betul.

- Penyebaraan ilmu Naqli seperti Tafsir, Qiraat, Tauhid dan ilmu ‘Akli seperti Mantik, Hisab dan Geografi

- Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan telah berjaya mewujudkan beberapa disiplin ilmu yang dikenali sebagai al-Tadwin.

- Perkembangan ilmu sains ketara di Sepanyol dan Sicily berbanding di Damsyik

- Sasterawan mendapat tempat di istana, antaranya;
i. Al-Farazdak
ii. Jarir Amru b Abi Rabi’ah
iii. Jamil al-Azari

Photobucket

C. Perkembangan Ekonomi

1. Kekuatan ekonomi bergantung kepada pertanian dan perdagangan

Keadaan ekonomi kukuh membolehkan kerajaan;
i. membina kemudahan awam seperti ; masjid yg cantik dan empangan
ii. mengemaskinikan pentadbiran Baitul Mal bagi memantapkan kewanagan negara
iii. Zaman al-Walid:Kewangan negara mantap sehingga mampu membiayai negara selama 15 tahun

Photobucket

Photobucket



Iklan Set Untuk Kekuatan dan Kesuburan Kaum Lelaki



Link - Perincian Kandungan 24 Vitamin dan Mineral Dalam Meal Shake

Berminat ? Hubungi Saya :
Saya Pengedar Sah Shaklee
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi
Shaklee Id : 924142
sms/call : 019-9427541
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak


2 comments:

  1. SHUKRAN JAZILAN atas info!! amat bermanfaat utk buat kerja kursus!

    ReplyDelete
  2. Artikel yang menarik sekali, mau copas boleh,gan? tapi kok sulit dicopas. Terima kasih

    ReplyDelete

Sahabat Iju..