Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Saturday, August 20, 2011

Polis Temubual Semula Mangsa Simbah Asid Untuk Dapatkan Diskripsi Suspek

Gambar mangsa simbah asid Mohd Rafie Abdul Latif yang menjalani rawatan di unit rawatan rapi, Hospital Kuala Lumpur mendedahkan wajahnya selepas menjadi mangsa simbahan asid 8 Ogos 2011 yang lalu. (Gambar dari Utusan)
 

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Polis sedang mengumpul maklumat terperinci termasuk menemubual semula mangsa simbah asid di Jalan Raja Laut, 8 Ogos lepas, mengenai diskripsi suspek.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis juga akan meneliti semula laluan mangsa sehingga ke tempat kejadian bagi mengesan kemungkinan terdapat saksi-saksi yang boleh membantu siasatan kes itu.

"Polis juga masih menunggu hasil analisa forensik mengenai jenis asid yang digunakan oleh suspek sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Sehingga kini pihak polis masih belum membuat sebarang tangkapan berhubung kejadian ini," katanya dalam laman sosial Facebook.

Mangsa yang berumur 20-an dan berkerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya disimbah pada 8 Ogos lepas oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya semasa sedang berada di dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut.

Lelaki yang tidak dikenali itu telah membuka pintu kereta mangsa dan menyimbah mangsa dengan asid yang menyebabkan kulit muka mangsa melecur, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama dua lagi lelaki.

Sehubungan itu, Mohmad Salleh berkata kerjasama peniaga-peniaga yang menjalankan aktiviti penjualan asid diperlukan bagi membantu menyalurkan maklumat sekiranya mereka ada mengesan penjualan asid terhadap lelaki berumur antara 25 ke 30 tahun dalam tempoh sebelum 8 ogos.

-- BERNAMA

Lagi Artikel Berkaitan :

Polis Temubual Semula Mangsa Simbah Asid Untuk Dapatkan Diskripsi Suspek

Wajah Penyamun Simbah Asid

Penyimbah Asid Ni Tak Betul - Khalid Abu Bakar

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..