Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Thursday, August 18, 2011

10 Tempat Tumpuan Bunuh Diri Yang Terkenal Di Dunia

Photobucket

Bunuh diri merupakan punca kepada pada kematian ke-13 tertinggi didunia, dan berada di tempat ke-3 di kebanyakan negara yang mempunyai ramai penduduk di antara usia 10-24 tahun. Dipercayai bahawa seramai 815,000 orang membunuh diri setiap tahun di seluruh dunia yang bermaksud satu kematian bagi setiap 40 saat. Disini kami mempunyai info yang merupakan tempat/lokasi bunuh diri terkenal di dunia.

1. Humber Bridge, Near Kingston, England (Lebih dari 200 kes bunuh diri setahun)
Photobucket


2. Brooklyn Bridge, Brooklyn, New York (Ratusan* kes bunuh diri setahun)
Photobucket


3. Jacques Cartier Bridge, Montreal Quebec, Kanada (Lebih dari 140 kes bunuh diri setahun)
Photobucket

Photobucket


4. Sunshine Skyway Bridge,Tampa Bay , Florida (Lebih dari 120 kes bunuh diri setahun)
Photobucket


5. Throgs Neck Bridge, The Bronx, Bayside, Queens, New York (Lebih dari 40 kes bunuh diri setahun).
Photobucket


6. Verrazano-Narrows Bridge, Staten Island – Brooklyn, New York (Lebih dari 30 kes bunuh diri setahun)
Photobucket


7. Golden Gate Bridge, San Fransisco, California (Lebih dari 1500 kes bunuh diri)
Photobucket


8. Beachy Head, East Sussex, England (Lebih dari 500 kes bunuh diri setahun)
Photobucket


9. Clifton Bridge, North Somerset, England (lebih dari 500 kes bunuh diri setahun)
Photobucket


10. Aurora Bridge, Seattle, Washington (lebih dari 220 kes bunuh diri setahun)
Photobucket


Rasulullah s.a.w bersabda,

Maksudnya:":Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya." Riwayat Abu Hurairah

Di dalam Islam perbuatan membunuh diri adalah termasuk dalam dosa besar dan dilarang keras. Hal ini kerana manusia adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan diutamakan melebihi makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain.

Orang yang membunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah daripada itu perbuatan tersebut menunjukkan kurangnya kepercayaan seseorang itu terhadap takdir Allah S.W.T sedangkan Islam mengajarkan umatnya tentang kepentingan sabar dan tawakkal serta melarang daripada sifat berputus asa dan sebagainya.

Orang yang beriman tidak boleh membunuh dirinya sendiri dengan sebarang alasan kerana Allah S.W.T pernah berfirman yang maksudnya:

"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisaa: 29)

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..