Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Thursday, August 18, 2011

Jiran Dituduh Bunuh Dr Ruhani

Photobucket




Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim.

Bekas tentera pula didakwa melupus barang kemas milik simati.

Kedua-dua tertuduh adalah jiran mangsa dihadapkan ke mahkamah pagi tadi.

Tertuduh pertama, Syahmie Hassan, 20 tahun didakwa membunuh Dr Rohani.

Kesalahan dilakukan antara jam 6:00 petang dan 7:30 malam, 3 Ogos lalu di Unit 9, Tingkat 1, Blok 'F' Persiaran Lembah Perpaduan, Permai Lake View, Tambun.

Syahmie didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan dicatatkan selepas pertuduhan dibacakan.

Di mahkamah sama, rakan serumah tertuduh pertama, Nuurhisyam Syukur, 22 tahun didakwa melupus sejumlah barang curi milik Dr Rohani.

Kesalahan dilakukan antara jam 3:00 dan 6:00 petang, 4 Ogos di sebuah kedai jam di Jalan Besar, Tanjung Malim.

Antara barangan kemas dilupus itu ialah satu gelang emas dan sembilan rantai bernilai RM6,000.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun dan didenda.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku salah atas dakwaan itu.

Majistret Nurul Akmar Mustafa Kamal menetapkan 17 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Syahmie tidak dibenarkan diikat jamin manakala Nuurhisyam dibenarkan dijamin RM6,000 sementara menanti sebutan semula kes. Berita TV3

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..