Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Tuesday, August 9, 2011

(Video) Coldplay Menyanyikan Lagu “Rehab” Sempena Kematian Amy Winehouse.


Photobucket

Umum sudah tahu mengenai penyanyi yang berasal dari England ini sudah meninggalkan dunia seni hiburan dengan penuh memori pada 23 Julai lepas. Amy Winehouse yang popular dengan lagu “Rehab” ini tidak pergi begitu sahaja. Kematiannya yang disebabkan pengambilan dadah berlebihan bukan sahaja mengejutkan peminatnya yang berada diseluruh dunia, malah radio-radio stesen tempatan turut kerap memusingkan lagu-lagunya selepas berita buruk ini diketahui.

Tidak dapat dinafikan, kematian Amy Winehouse telah meningkatkan penjualan album-album lamanya seperti “Frank” dan “Back To Black”. Menurut Contact Music, album kedua Amy Winehouse yang dilancarkan pada 4 Oktober 2006 telah terjual sebanyak 54 ribu salinan dan sempat masuk ke carta ke-4 di Billboard 200. Di England, album ini berjaya memotong Adele yang sudah 27 minggu berada di carta Top 10.

Sempena memperingati Amy Winehouse, Coldplay dalam konsert mereka baru-baru ini telah memainkan lagu “Rehab” dan dinyanyikan semula oleh kumpulan mereka. Sangat menarik dan menyayat hati. Layankan video selepas ini. -ohbulan

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..