Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Thursday, August 4, 2011

Konsert SNSD Bakal Berlangsung Di Singapura Februari 2012!

Photobucket

Khabar baik buat SONE (panggilan untuk peminat SNSD) sekalian! SNSD atau juga dipanggil sebagai Girls Generation akan turun ke Singapura pada bulan Februari 2012! Kumpulan yang dianggotai oleh 9 wanita jelita dan seksi dalam usia 20′an ini buat pertama kalinya akan mengadakan konsert di negara itu. Khabar ini telah disahkan oleh penganjur mereka iaitu Running Into The Sun (RITS) dan juga Conceptual.

RITS juga adalah penganjur yang bertanggungjawab menganjurkan Super Junior : ‘Super Show 3′ di Singapura dan mereka juga akan menganjurkan ‘SHINee World Concert’ di Singapore Indoor Stadium, 10 September ini.

Buat peminat-peminat SNSD yang semakin ramai di Malaysia, ini adalah peluang keemasan anda untuk membeli tiket yang akan mula dijual hujung tahun ini. Kumpulan ini mula menggegarkan dunia dengan tarian dan nyanyian mereka yang aktif dan bertenaga sehingga menjadi ikutan oleh ramai peminat mereka di seluruh dunia.

Ahli kumpulan ini terdiri daripada Taeyeon (Leader), Jessica, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona, dan Seohyun. Diluar negara, mereka digelar sebagai SNSD singkatan kepada ‘So Nyuh Shi Dae’.

Konsert mereka yang diadakan baru-baru ini di Seoul pada 24 July lepas telah menyaksikan hampir 20,000 orang peminat dari seluruh dunia datang menyaksikan aksi mereka. Mereka telah menyanyikan 32 buah lagu sambil menukar persalinan sebanyak 7 kali dalam masa 3 jam persembahan.

Satu pencapaian yang fantastik sebab mereka menari sambil menyanyi, agaknya vitamin apa yang diorang ambil untuk kekal bertenaga ya? sumber -ohbulan is the best!!

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..