Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Saturday, August 20, 2011

Lagi Kes Buang Bayi Ditemui Dalam Surau



IPOH – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam surau di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Salak Baru, Sungai Siput, hari ini.

Bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dan dibalut dengan kain batik itu ditemui 7.15 pagi oleh beberapa pekerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang mendengar tangisannya ketika sedang membersihkan sekeliling kawasan R&R berkenaan.

Seorang daripada pekerja terbabit kemudian membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata bayi lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk pemeriksaan.

Bayi itu dipercayai diletakkan di surau itu oleh seorang wanita yang kemudiannya menyembunyikan diri, katanya ketika ditemui pada perhimpunan bulanan Ketua Polis Perak di sini hari ini.

Polis sedang menyiasat dan mengesan ibu bayi berkenaan dan meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Sungai Siput di talian 05-5981222 untuk membantu siasatan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..