Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Wednesday, July 27, 2011

Sejarah Telefon

Photobucket

Telefon sekarang sudah menjadi alat yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita masa kini, tahukah anda bagaimana ia bermula :

Telefon berasal daripada (bahasa Yunani: tele = jauh dan phone = suara) adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat eletrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain. Terdapat telefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon.

Photobucket

Asal Usul Telefon...
Sejarah awal sebuah telefon adalah sedikit mengelirukan apabila banyak tuntutan dan tuntutan balik berlaku, di mana ia tidak diperjelaskan oleh pihak yang sepatutnya mengikut lunas undang-undang supaya dapat menyelesaikan pertikaian individu yang menuntuk hak paten masing-masing. ia adalah amat penting bagi semua pihak mengetahui bahawa tiada sesuatu pihak sahaja yang menjadi "pencipta telefon". Telefon moden sekarang ini adalah hasil sumbangan dan hasil kerja banyak pihak, yang sepatutnya diberikan pengiktirafan selayaknya.

Berikut adalah huraian secara ringkas sejarah penciptaan telefon:

Photobucket

1849 Antonio Meucci mendemonstrasi suatu peranti yang kemudian dipanggil telefon kepada orang ramai di Havana.

Photobucket
Telefon ciptaan Meucci..


Photobucket
Charles Bourseul


Rajah penerangan Charles mengenai telefon

1854 Charles Bourseul menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break transmiter telefon dan penerima tetapi tidak membuat sebarang instrumen kerja.


1854 Meucci mendemonstrasi telefon elektrik di New York.

Photobucket
Johann Philipp Reis

Photobucket
Telefon Reis

1859 Johann Philipp Reis menulis tentang pemindahan suara dengan mengunakkan gelombang elektrik dalam artikelnya yang bertajuk "On the Radiation of Electricity"

1860 Meucci dijangka (ketika itu) mendemonstrasi telefon tersebut di Staten Island.

1861 Reis berjaya memindahkan suara secara elektikal dengan jarak melebihi 340 kaki. Untuk lebih lanjut, lihat Telefon ciptaan Reis.

1871 Meucci memfailkan satu paten caveat.

Photobucket
Alexander Graham Bell

2 June 1875 Alexander Graham Bell orang pertama memindahkan suaranya melalui telefon.

1 July 1875 Bell pertama kali menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah (Kedua-dua, transmiter atau penghantar dan penerima isyarat merupakan instrumen membran yang serupa).

Photobucket
Telefon Ciptaan Bell..

14 February 1876 Bell memfailkan telefon tersebut sebagai paten pertama beliau.

Dua jam kemudian, Grayy memfailkan paten caveatnya.

30 January 1877 Bell mempatenkan telefon dengan transmiter-penerima elektrodinamik.  

Iklan Set Untuk Kekuatan dan Kesuburan Kaum Lelaki



Link - Perincian Kandungan 24 Vitamin dan Mineral Dalam Meal Shake

Berminat ? Hubungi Saya :
Saya Pengedar Sah Shaklee
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi
Shaklee Id : 924142
sms/call : 019-9427541
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak


2 comments:

  1. copy ja ni...you can try to write on your own words...its more interesting to read..write from your way and understanding

    ReplyDelete
  2. bukan copy dan paste, ni hasil dari pengumpulan maklumat dari sejarah telefon dari beberapa sumber, cuma mungkin bahasa baku nampak macam copy paste

    ReplyDelete

Sahabat Iju..