Kundang atau nama saintifiknya (Bouea oppositifolia) atau dikenali juga dengan nama setar, berasal dari Malaysia dan Selatan Thailand.
Pokok ini jarang terdapat di selatan Semenanjung Malaysia tetapi mudah ditemui di utara Semenanjung, Kedah dan Perlis.
Asal usal nama bandar Alor Setar adalah daripada nama pokok ini.
Pokoknya lebih kecil dan rendah mempunyai getah yang boleh menyebabkan keradangan sekiranya terkena pada kulit. Daunnya lanseolat-elips, 10 hingga 18 sm panjang dan 2 hingga 3 sm lebar. Buahnya ovoid, kecil, kira-kira 2 hingga 2.5 sm panjang, 1 hingga 1.3 sm lebar, berwarna kuning limau apabila masak.
Isinya juga berwarna kuning limau dan rasanya masam atau manis mengikut jenis seperti buah mempelam kecil sebagai pemecah selera. Biasanya dimakan bersama dengan kulitnya, isinya mempunyai serat yang tinggi sebagaimana buah mangga. Bijinya bersabut lembut dan kotiledonnya berwarna biru.
Di Thailand pokok kundang ditanam secara kebun kecil daripada klon terpilih dan buahnya dijual di pasar bila sampai musimnya.
Bagi yang suka makan masam - masam cuba lah buah ni....
Iklan Supplement Multivitamin Shaklee untuk Kanak-Kanak
Iklan Supplement Multivitamin Shaklee untuk Orang Dewasa
No comments:
Post a Comment