Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..
Friday, June 17, 2011
Fadhilat Zikir 1
Hazrat Mu'az bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Penghuni syurga tidak akan menyesal (dan tidak akan berdukacita mengenai sesuatu apapun) kecuali masa di dunia yang telah berlalu tanpa Zikrullah." (M/S 36-37)
[Hadith Riwayat Tobarani.]
Keterangan
Setelah memasuki syurga apabila ahli - ahli syurga menyaksikan ganjaran yang banyak seumpama gunung diperolahi oleh seseorang kerana sebutan nama Tuhan Yang Maha Suci maka jelas terbayang penyesalan yang tidak terhingga kerana kerugian yang ditanggung akibat kurang berusaha untuk berzikrullah. Namun demikian, terdapat juga hamba - hamba Allah yang bertuah yang tidak suka menghabiskan masa di dunia tanpa zikrullah.
Hafiz Ibnu Hajar rah. menulis dalam kitabnya 'al-Munabbihat' bahawa Yahya bin Mu'ar-Razi rah. sering berkata dalam munajatnya ,
"Ya Allah, malam hari tidak enak kecuali dengan bermunajat denganMu.
Dan siang hari tidak enak kecuali dengan mentaatiMu
Dan dunia tidak enak kecuali dengan menyebut namaMu
Dan akhirat tidak enak kecuali dengan mendapat keampunanMu
Dan syurga tidak enak kecuali dengan dapat menyaksikanMu."
Hazrat Sarri rah. berkata, Aku melihat Jurjani rah. sedang memakan tepung bijiran yang digoreng seperti sagun. Aku bertanya kepadanya, "Engkau memakan tepung ini begitu sahaja?' Beliau menjawab, "Apabila aku mengira masa antara memakan tepung tersebut dan mengunyah roti maka aku mendapati lebihan masa yang digunakan untuk mengunyah roti sama dengan masa yang diambil oleh seseorang untuk membaca subhanallah seanyak 70 kali. Oleh itu, sejak 40 tahun yang lalu aku telah tinggalkan memakan roti, dan berpada dengan memakan tepunng goreng ini sahaja."
Ditulis mengenai Hazrat Mansur bin Muktamar rah. (seorang ulama tasawuf yang masyur) bahawa selama 40 tahun beliau tidak bercakap dengan sesiapapun selepas isyak. Ditulis mengenai Hazrat Rabi' bin Haitham rah. bahawa selama 20 tahun beliau menulis pada sehelai kertas segala pertuturan beliau sepanjang hari. Pada waktu malam beliau akan muhasabah dalam hatinya, berapa banyakkah bilangan pertuturan yang perlu dan yang tidak perlu.
Lihatllah apa yang sanggup seseorng itu lakukan demi mendapat cinta abadi dari yang Maha Esa. Basahkan la bibir korang dengan zikrullah sebelum terlambat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment