Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Saturday, June 18, 2011

Fadhilat Zikir 2


        Hazrat Abdullah bin Abbas rah. meriwayatkan nahawa Rasulullah s.a.w bersabda, " Jika seseorang daripada kamu tidak mampu beribadat dengan bersungguh - sungguh pada malam hari, dan bakhil untuk membelanjakan harta (pada jalan Allah, sedekah, khairat dan sebagainya) takut untuk berjihad menentang musuh maka hendaklah die perbanyakkan Zikrullah." (M/S 55-56)
[Hadith Riwayat Tobaran, Baihaqi dan lain-lain]

Keterangan

        Melalui berzikir dengan sebanyak - banyaknya sebarang bentuk kekurangan pada ibadat - ibadat sunat boleh ditampung. Hazrat Anas rah. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a w bersabda, " Zikrullah adalah tanda keimanan, kelepasan daripada sifat munafik, pemelihara daripada godaan syaitan dan penyelamat daripada api neraka." Memandangkan faedah - faedah yang tersebut maka zikrullah dianggap sebagai ibadat yang lebih afdal daripada ibadat - ibadat yang lain khususnya dalam memainkan peranan penting untuk menghindarkan diri daripada dikuasai oleh syaitan. Diterangkan dalam sebuah hadith bahawa syaitan sentiasa menunggu untuk menguasai hati manusia. Apabila seseorang mula berzikir maka syaitan pon tidak berdaya lalu berundur dengan hina. Sebaliknya apabila sewseorang lali dengan berzikir maka syaitan mula menggodanya. Lantaran itu pon ulama' tasawuf menganjurkan supaya membanyakkan zikir agar syaitan tidak berpeluang untuk menggoda hatidan juga supaya hati menjadi kuat sehingga dapat melawan hasutan syaitan.

        Rahsia pencapaian kekuatan hati ke tahap yang tertinggi oleh para sahabat rah. ialah kerana mereka mendampingi Rasulullah s.a.w. Lantaran itu mereka tidak perlu lagi kepada latihan tertentu semasa berzikir. Semakn jauh kita dari zaman Rasulullah s.a.w maka semakin bertambah perlunya kita kepada rawatan hati melaui berzikir untuk menguatkan hati. Dewasa ini hati telah menjadi begitu lemah sehingga dengan rawatan yang sebanyak mana pon tetap tidak dapat mencapai tahap kekuatan hati seperti para sahabat rah. Namun, sebanyak mana yang dapat diusahakan itupon tetap akan memberi faedah yang besar. Ini kerana sekiranya sesuatu wabak penyakit dapat dikurangkan walaupon sedikit merupakan satu kebaikan.

        Diriwayatkan satu peristiwa mengenai seorang wali Allah bahawa beliau berdoa kepada Allah s.w.t supaya diperlihatkan cara syaitan menggoda hati manusia. Maka beliau diperlihatkan syaitan yang menyerupai seekor nyamuk duduk disebelah kiri hati dibahagian belakang bahu. Dimulutnya terdapat satu belalai yang panjang seperti jarum yang ditujukan ke arah hati. Sekiranya syaitan mendapati hati manusia itu lalai daripada zikir maka ia akan menyuntik godaan dan racun kemaksiatan ke dalam hati tersebut.

        Diriwayatkan dalam sebuah hadith yang lain bahawa syaitan sentiasa duduk dengan meletakkan hujung hidungnya di atas hati manusia. Apabila hati itu berzikir maka ia terus berundur dengan hina tetapi apabila hati itu lalai maka ia menjadikan hati itu sebagai mangsanya.

        Subhanallah....
Iklan Supplement Multivitamin Shaklee untuk Kanak-Kanak

Iklan Supplement Multivitamin Shaklee untuk Orang Dewasa

 
Saya Pengedar Sah Produk Shaklee
Produk Kesihatan dan Supplement Lengkap untuk seisi keluarga..

Dapatkan Supplement Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan zat mineral dari hanya RM 45.00* sahaja sebulan.

Limited Stok Siapa Cepat Dia Dapat..

Saya Pengedar Sah Produk Supplement Shaklee 
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi 
Shaklee Id : 924142 
sms/call :019-9427541 
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak


* Harga tidak termasuk pos, Pack untuk sebulan adalah repack dari pack asal (2 bulan).

Kita perlu supplement kerana kita tidak mendapat khasiat yang sepatutnya dalam pemakanan harian kita. Supplement membantu kita mendapatkan khasiat yang sepatutnya..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..