Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Saturday, June 25, 2011

Filem Talentime 2009

Photobucket

Talentime ialah filem arahan Yasmin Ahmad yang terakhir dalam hayatnya, yang ditayangkan di pawagam Malaysia selama sebulan mulai 26 Mac 2009, ddikuti ulang tayang pada 13 hingga 19 Ogos sempena memperingati pemergian Yasmin pada 25 Julai.

Seperti filem-filem arahan Yasmin yang lain, filem Talentime memaparkan kisah hubungan cinta tanpa mengira kaum, agama atau latar kebudayaan seumpamanya, di samping juga diselitkan tema pertandingan bakat di sekolah menengah. Filem ini dibintangi barisan pelbagai kaum iaitu Pamela Chong, Mahesh Jugal Kishor dan Mohammad Syafie Naswip, di samping menyaksikan kemunculan sulung penyanyi Jaclyn Victor memegang watak penting di layar perak.

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur (Pamela Chong), seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India bernama Mahesh (Mahesh Jugal Kishor). Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah (Adibah Noor).

Begitu juga Hafiz (Mohammad Syafie Naswip), memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu (Azean Irdawaty) yang dirawat di hospital kerana menghidap barah otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.

Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh. Itulah yang mengubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.

Trailer Talentime :



Iklan Supplement Multivitamin Shaklee untuk Kanak-Kanak

Iklan Supplement Multivitamin Shaklee untuk Orang Dewasa

 
Saya Pengedar Sah Produk Shaklee
Produk Kesihatan dan Supplement Lengkap untuk seisi keluarga..

Dapatkan Supplement Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan zat mineral dari hanya RM 45.00* sahaja sebulan.

Limited Stok Siapa Cepat Dia Dapat..

Saya Pengedar Sah Produk Supplement Shaklee 
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi 
Shaklee Id : 924142 
sms/call :019-9427541 
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak


* Harga tidak termasuk pos, Pack untuk sebulan adalah repack dari pack asal (2 bulan).

Kita perlu supplement kerana kita tidak mendapat khasiat yang sepatutnya dalam pemakanan harian kita. Supplement membantu kita mendapatkan khasiat yang sepatutnya..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..