Aduh.. Kerajaan dah buat lagi, dengan moto "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan", pihak JPJ dan PBT (pihak berkuasa tempatan) telah pun sepakat untuk menyenarai hitamkan pemandu kenderaan yang gagal melunaskan saman trafic PBT. "Tidak Mahu Membebankan Rakyat" antara ayat yang sering kedengaran keluar dari mulut mulut pemimpin tertinggi negara.
Dalam keadaan sekarang kebanyakan bandar bandar utama memang menghadapi masalah besar dengan parking kereta dan rakyat memang tidak dapat lari daripada disaman oleh pihak PBT. Dengan pertambahan bilangan kenderaan yang begitu mendadak, pihak PBT dan kerajaan langsung tidak memikirkan untuk menambah petak parking bagi memudahkan rakyat tetapi sebaliknya pihak PBT menambah bilangan penguatkuasa untuk merancakkan lagi aktiviti menyaman pangunna jalan raya ini.
Pada pendapat saya pihak PBT dan Kerajaan harus memikirkan cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini, bukan dengan menyenarai hitamkan pengguna jalan raya, tindakan ini seolah olah menunjukkan pihak PBT kekurangan sumber kewangan. Masalah lebih besar akan timbul nanti.... Menyenarai hitam pada pandangan saya seperti memeras ugut dan tindakannya lebih kurang sama dengan tindakan along meminta hutang :p
No comments:
Post a Comment