Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Thursday, June 30, 2011

Perkara - Perkara Isteri Suka Jika Suami Buat.

Photobucket

Berikut adalah 10 perkara yang jika anda lakukan pasti akan menggembirakan isteri anda.

Sayang dan mencintai dia.
Wanita pasti tidak akan menolak cinta dan kasih sayang dari suaminya sendiri. Malah, setiap hari dia sangat dambakan kasih sayang dari anda. Tunjukkan pada dia yang anda sangat mencintai dia.

Memenuhi kehendak dia.
Wanita pasti mempunyai keinginan hendakkan sesuatu. Anda kenal pasti dan penuhi kehendak dia. Sudah pasti dia akan lebih menyayangi anda jika anda penuhi kehendak dia.

Memuji dia setiap kali lakukan sesuatu perkara dengan baik.
Si isteri sangat suka jika hasil penat lelah dia di sukai oleh suaminya. Anda perlu sentiasa memuji isteri anda bagi setiap usahanya.

Sentiasa membuatkan dia ketawa.
Bagi isteri, suamilah tempat mereka bermanja dan mencari hiburan. Anda hiburkan dia dengan jenaka, pasti dia akan gembira bersama dengan anda.

Member dia kepuasan seks yang maksimum
Isteri anda akan lebih sayang pada anda jika anda berjaya memberi dia kepuasan seks yang maksimum. Jadi seorang romantik dan penuhi permintaan seks dia.

Menolong dia melakukan kerja rumah tangga.
Isteri akan rasa sangat gembira dan bahagia jika anda menolong dia melakukan kerja rumah tangga seperti mengemas rumah, membasuh dan mop lantai. Dia rasa sangat di sayangi jika anda berbuat demikian.

Sentiasa menemani dia.
Isteri selalunya berbangga dengan suaminya. Kalau boleh, dia hendak tunjuk pada semua orang yang andalah yang berjaya mencuri hatinya. Anda perlu temani dia ke mana sahaja dia hendak pergi. Jangan biarkan dia keseorangan walaupun ke kedai.

Bersikap jujur dan setia.
Jika anda jujur pada pasangan anda, dia akan 10 kali lebih jujur terhadap diri anda. Dia akan hormat pada anda dan tidak akan sembunyikan apa  sahaja dari anda.

Memberi dia hadiah.
Anda tidak perlu menunggu sehingga hari istimewa seperti hari jadi atau ulangtahun perkahwinan untuk memberi dia hadiah. Anda beri sahaja hadiah padanya setiap kali anda rasa hendak berbuat demikian pada dia. Dia akan rasa sangat bahagia setiap kali menerima hadiah dari anda.

Sentiasa  memberi dia galakan.
Isteri anda akan rasa sangat bahagia setiap kali anda beri galakan pada dia. Bagi dia, andalah penyokong yang paling rapat dan kuat. Sentiasa beri galakan pada isteri anda. Kalau boleh, pada setiap hari dan setiap masa.  

Iklan Set Untuk Kekuatan dan Kesuburan Kaum Lelaki



Link - Perincian Kandungan 24 Vitamin dan Mineral Dalam Meal Shake

Berminat ? Hubungi Saya :
Saya Pengedar Sah Shaklee
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi
Shaklee Id : 924142
sms/call : 019-9427541
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak


No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..