Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Friday, June 17, 2011

Bayi Ajaib

     

        Ini adalah perkara yang amat - amat jarang berlaku di dalam dunia kita ni. Allah sentiasa menunjukkan "dirinya" melalui keajaiban - keajaiban yang berlaku di seluruh dunia, tetapi hanya kita sahaja yang tidak mahu 'melihat' dengan sempurna kebesaranNya.

        Tapi kenapa masih ada manusia yang berlaku kejam dengan membunuh bayi di dalam kandungan. Gambar ini adalah gambar bayi yang baru berusia 21 minggu yang belum dilahirkan bernama Samuel Alexander Armas yang dibedah oleh seorang doctor bernama Joseph Burner.

        Bayi tersebut telah disahkan mengidap penyakit 'spina bifida' yang disahkan tidak dapat diselamatkan jika dikeluarkan dari rahim ibunya. Ibu Samuel, Julie Armas seorang jururawat obstetric di Atlanta. Dia mengenali seorang pakar bedah bernama Dr.Bruner. Dr Burner yg bertugas di Vanderbilt University Medical Center in Nashville, telah menjalankan satu pembedahan khas ke atas bayi ini sewaktu bayi ini masih lagi di dalam rahim.

        Sewaktu pembedahan berlangsung, doctor telah mengeluarkan rahim dari seksyen-C dan telah membuat satu bukaan kecil untuk melakukan pembedahan ke atas bayi tersebut. Apabila doctor tersebut telah selesai menjalankan pembedahan ke atas Samuel, bayi kecil tersebut telah mengenggam jari doktor tersebut melalui bukaan kecil tersebut dengan tangannya yang telah berkeaadaan sempurna.

        Dr Burner berkata, ketika jarinya digenggam,itulah saat paling mengharukan dalam hidupnya dan untuk seketika beliau kaku. Gambar ini telah diambil dengan jelas sekali. Penulis telah menamakan gambar ini dengan tajuk 'Hand of Hope-Tangan Harapan". Dalam tulisannya berkenaan gambar ini, " Jari kecil bayi berusia 21 minggu,Samuel Alexander Armas keluar dari rahim ibunya untuk menggenggam jari tangan Dr Joseph Burner seolah-olah berterima kasih kepada doktor yang menghadiahkan sebuah kehidupan kepadanya".

        Ibu Samuel berkata, mereka menangis beberapa hari apabila melihat gambar tersebut. Dia berkata, "Gambar ini mengingatkan kita bahawa mengandung bukanlah mengenai kecacatan atau penyakit,tapi ia adalah mengenai seorang insan kecil." Samuel dilahirkan sihat dan pembedahan ke atasnya dilaksanakan dengan berjaya.

        Subhanallah..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..