Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Wednesday, October 5, 2011

"Penonton Harus Melihat Mesej Tersirat" – Mimi, One Nation Emcees.

Photobucket





Mimifly One Nation Emcees dikatakan mengalami tekanan hidup akibat rakaman peribadinya yang tersebar luas di dalam dunia siber. Mimi hidup menderita selepas dia diaibkan oleh lelaki yang bertopengkan syaitan sehingga Mimi sanggup membunuh demi maruah dirinya.

Begitulah kisah hidup Mimi ataupun Maya, watak yang dibawakannya didalam filem baru terbitan Grand Brilliance iaitu KLIP 3GP yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Oktober 2011.

Photobucket

Menceritakan sedikit tentang filem KLIP 3GP yang mengisahkan tentang hidup Mimi sebagai seorang eksekutif yang berjaya, namun dia termakan hasutan seorang lelaki yang bernama Sunny, seorang gigolo yang membuat duit melalui ugutan untuk menyebarkan rakaman tersebut ke dalam internet. Di sinilah perubahan yang akan penonton nampak apabila Mimi bertukar menjadi ‘Psiko’ dan mula membunuh semua orang yang bersalah kepadanya demi memuaskan hatinya yang sudah bertukar menjadi batu.

Filem ini adalah ujian buat Mimi yang pertama kalinya berlakon di dalam industri filem Malaysia. Tambahan lagi, watak yang diberikan kepadanya adalah satu watak yang berat iaitu watak seorang ‘Psiko’. Namun begitu, lulus dengan cemerlang adalah perkataan yang bertepatan kerana dia telah membuktikan bahawa dia bukan sahaja boleh menyanyi, menari, malah berlakon juga adalah bakat terpendam artis kelahiran Gangstarz ini.

Tetapi apa yang membuat Mimi kurang senang adalah lakonan ranjangnya yang di dipaparkan di dalam KLIP 3GP. Apabila ditanyakan kepada Mimi tentang aksi ghairah itu, Mimi mengatakan bahawa penonton harus melihat mesej tersirat yang terdapat di dalam filem ini dan bukannya aksi ghairah semata-mata. Tetapi dia sedar bahawa masyarakat kita mudah tersentap dengan aksi kontroversi tanpa melihat apa isi kandungannya dahulu dan dia bersedia menghadap apa jua kritikan yang bakal dilemparkan kepadanya.

Sempena filem KLIP 3GP, sebuah single terbaru berjudul ‘Psiko’ sudah dimuatnaik di Youtube bagi tatapan peminat setia One Nation Emcees. Video klip selepas ini. -OhBulan

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..