Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Monday, October 3, 2011

[Video] Ciri-Ciri iPhone 5

Photobucket

Tarikh pemasaran iPhone 5 yang berubah seperti lalang mengikut arah tiupan angin meningkatkan lagi keghairahan bomoh-bomoh teknologi untuk meramal apakah ciri-ciri yang akan dilengkapkan pada peranti mudah alih tersebut. Walau apa pun yang akan dibina pada peranti tersebut, kami di sini menyampaikan sedikit khabar ramalan yang diramal oleh peramal-peramal.

Prosessor Dual Core

* Prosessor Apple A5

Sokongan Cloud-Computing

* Bukan lagi sebagai ramalan kerana Steve Jobs sendiri yang memastikan bahawa ini adalah salah satu ciri yang mesti ada pada iOS 5.


Kapasiti Simpanan Data Yang Tinggi

* Dikatakan kapasiti maksimum adalah setinggi 64 GB lebih tinggi dari kapasiti iPhone 4 iaitu 32 GB.


Sokongan 4G

* Dikatakan sedemikian kerana pengeluar Android sedang berlumba-lumba mempertingkatkan keupayaan sambungan internet berkelajuan tinggi pada peranti keluaran masing-masing dan Apple tidak sepatutnya ketinggalan.

Kamera flash dual-LED 8MP

* Sama seperti sokongan 4G, Apple juga dikatakan tidak sepatutnya kalah dengan pengeluar pengeluar Android yang mempertingkatkan kecanggihan pada peranti keluaran masing-masing.

Multi-finger Touch

* Jika anda pengguna Macbook, pasti anda tahu apa yang saya maksudkan. iOS 5 dikatakan akan menyokong gerakan multi-finger gesture bagi memudahkan dan mempercepatkan apa jua proses yang hendak dilakukan.

Ketahanan Durasi Bateri

* Dikatakan Apple akan mempertingkatkan kemampuan bateri ke tahap maksimum apabila mencapai perkara yang sama pada iPhone 4 yang dapat bertahan selama 7 jam untuk video dan 38 jam pada mod stand-by.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..