Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Wednesday, October 5, 2011

Adzrin Adzhar – Penyanyi Lagu Pujaan Malaya Dipenjara

Photobucket

Adzrin Adzhar Pujaan Malaya masuk penjara Satu tahun. Noradzrin atau lebih dikenali dengan nama Adzrin adzhar, 26, penyanyi yang popular dengan lagu Pujaan Malaya telah dihukum penjara setahun atas kesalahan mengubah wang haram.

Sementara bapanya, seorang penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman, 56, dan seorang lagi kakaknya Noradzma, 35, turut dipenjara dan didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM59 juta.

Photobucket

Hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan Adzhar, selaku Pengurus Besar Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dihukum penjara dua tahun dan didenda RM1 juta atau 10 bulan penjara kerana mengambil deposit haram manakala bagi tuduhan mengubah wang haram, dia dihukum penjara tiga tahun.

Anak perempuannya, Noradzma, yang turut menghadapi tuduhan serupa dipenjara tiga tahun dan denda RM500,000 atau enam bulan penjara sementara Noradz Travel & Services pula didenda RM5 juta atas tuduhan mengambil deposit tanpa lesen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin dan pegawai pendakwa, Anthony Kularaj, kedua-duanya dari Bank Negara Malaysia serta dua Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, Mohd. Farez Rahman dan Mohd. Haziq Razali.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, Afifudin Mohd. Hafifi didakwa menggunakan wang haram untuk membeli hartanah, produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka di beberapa buah bank di sekitar Kuala Lumpur di antara 14 Ogos 2007 dan 6 Januari 2009.





Saya Pengedar Sah Produk Shaklee
Produk Kesihatan dan Supplement Lengkap untuk seisi keluarga..

Dapatkan Supplement Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan zat mineral dari hanya RM 45.00* sahaja sebulan.

Limited Stok Siapa Cepat Dia Dapat..


Saya Pengedar Sah Produk Supplement Shaklee 
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi 
Shaklee Id : 924142 
sms/call :019-9427541 
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak

* Harga tidak termasuk pos, Pack untuk sebulan adalah repack dari pack asal (2 bulan).

Kita perlu supplement kerana kita tidak mendapat khasiat yang sepatutnya dalam pemakanan harian kita. Supplement membantu kita mendapatkan khasiat yang sepatutnya..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..