Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Tuesday, October 4, 2011

Lagi Manusia Berhati Binatang - Campak Bayi Dalam Longkang

Betapa kurang ajar dan tidak berperi kemanusiaan apabila bayi yang baru lahir dicampak ke dalam longkang dari tingkat 2..

Cuba la korang rasa sendiri jatuh dari tingkat 2 macam mana rasanya..

Islam melarang kita menghampiri zina kerana perkara ini pasti terjadi..

Membunuh bayi yang tidak berdosa kerana dosa sendiri..

Baca berita penuh..

SELAYANG – Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.

Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.

Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.

Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.

“Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).

“Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..