Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Tuesday, September 20, 2011

Sekali lafaz Eira Syazira Sah Isteri Azad Jazmin

Photobucket

LAFAZ nikahnya lancar dan kemas. Dengan sekali ucap, bintang berimej ‘Penang’ Azad Jazmin, sah menjadi suami kepada buah hatinya juga seorang pelakon Eira Syazira, malam Jumaat lalu.


Photobucket

Lebih dramatik, air mata Azad tidak henti menangis sejurus ibu yang setia di sisinya mendakap mengucap tahniah. Jelas, tangisan mereka itu punya erti yang sangat besar bersulam kesyukuran.

Photobucket

Soalan itu dilontarkan kepada Azad yang tidak lekang memegang erat tangan isteri tersayang sebaik selesai majlis akad selesai, dia menyifatkan keputusan mereka berkahwin adalah pengalaman terindah.

“Eira memiliki segala kriteria yang saya cari-cari. Dia begitu lembut, bersopan-santun, pandai berbual dan berjenaka. Dia juga memahami serta begitu bijak memenangi hati kedua-dua orang tua saya serta sanak- saudara kami.

“Sejak awal perkenalan kami, saya sudah yakin dan percaya dialah insan terbaik buat diri saya dan tiada sesaat pun saya meraguinya. Tidak sekadar faham akan kerja dan keadaan saya, Eira adalah kawan karib yang tidak henti memberi galakan.

Photobucket

“Lantas saya sifatkan perkahwinan ini adalah satu keputusan terbaik yang saya lakukan kerana Eira benar-benar melengkapkan hidup saya,” katanya tersenyum.

Tiga tahun menyemai cinta atas paksi ikhlas dan memahami, akhirnya pasangan romantis yang bertunang pada pertengahan Mei lalu disatukan dalam sebuah majlis pernikahan meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat dan teman-teman rapat.

Majlis pernikahan yang diadakan di kediaman keluarga Eira di Presint 14, Putrajaya malam Jumaat lalu memberi jawapan kepada teka-teki yang selama ini membelenggu ramai pihak mengenai hubungan cinta mereka.

Photobucket

Meskipun agak tergesa-gesa kerana keputusan untuk bernikah, jelas Eira, 27, semuanya sudah tertulis sebagai jodoh buat mereka berdua.

“Memang semuanya berjalan begitu cepat. Mana tidaknya sebaik ayah saya pulang dari umrah pada Ramadan lalu terus dia inginkan kami bernikah pada minggu kedua pada Aidilfitri sedangkan perancangan awalnya ingin kami laksanakan pada tahun depan.

“Mujur semuanya berjalan lancar kerana keluarga kedua-dua belah pihak banyak membantu dan meringankan segala urusan. Jadual kerja kami kebetulan padat dan kerana ingin juga dilangsungkan secepat mungkin, kami curi juga masa untuk menyiapkan segala persediaan.

“Bagaimanapun kami memang bertuah kerana banyak pula kawan-kawan dan pihak yang ingin menaja. Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan kini kami sudah sedia untuk meniti satu lagi fasa kehidupan yang sudah lama kami impikan.

“Apa yang penting kami ingin membina sebuah keluarga yang bahagia dan sempurna. Soal anak tidak pula kami bincangkan kerana ia rezeki dan ketentuan,” katanya yang bakal berbulan madu di Jakarta atas tajaan Poto Travel.

Azad, 35, dinikahkan ayah Eira sendiri, Shuhaimi Haji Acheh dengan disaksikan Imam Besar Masjid Putra Jakim Putrajaya, Abdul Manaf Mat.

Dengan sekali lafaz, pelakon yang popular menerusi filem Kongsi dan Ngangkung ini sah menjadi suami Eira. Hadir sama pada malam pernikahan itu keluarga Azad dan ibu bapanya, Jeffri Abdullah dan Rosidah Kadir.

Pasangan mengenakan busana putih rekaan Hairi Tajuddin dan Wanpa. Eira menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 yang ditaja sepenuhnya Zaha Wedding Planner dan Ari Wedding Couture.

Selain jam tangan, tas tangan lelaki, kasut dan tali pinggang, Eira turut menghantar jambangan coklat, gubahan buah-buahan, sejadah dan al-Quran, sirih junjung, satu set barangan sukan dari jenama pasukan bola sepak kegemaran Azad, Chelsea serta sepersalinan baju Melayu berona putih. Malah sebentuk cincin yang dirahsiakan harganya juga dihadiahkan kepada Azad.

Manakala pihak Azad pula membalas dengan beg tangan berjenama Tod’s, jam tangan Fossil, sepasang kasut, buah-buahan dan coklat, telekung, sejadah, al-Quran, sirih junjung, iPad2 serta sebentuk cincin berlian.

Menyentuh soal kerjaya, Azad berkata tiada apa yang bakal berubah kerana sejak awal lagi sudah sedia maklum dia kerja dan tanggungjawab masing-masing.

“Alhamdulillah sambutan dan reaksi peminat terhadap album solo saya, Di Hati Ini yang dilancarkan Julai lalu. Jadi selepas ini saya akan sibuk dengan promosi album ini dengan mengadakan jelajah seluruh Malaysia.

“Menariknya, kami juga begitu seronok untuk mempromosikan lagu duet kami berjudul Lagu Jiwa,” katanya.

Pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi mereka pada 19 November depan di sebelah keluarga perempuan di Presint 14, Putrajaya dan 26 November di Dewan Merin, Georgetown, Pulau Pinang.


PROFIL

NAMA PENUH: Syazira Shuhaimi
TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984
USIA: 27 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak kedua daripada enam adik-beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
DRAMA: Lara Sunti, Cinta Balqis, Ku Milikmu, Kemboja Putih, Bait Cinta, Meniti Bara dan Tangisan Bulan Madu Filem: Ngangkung, Bisikan Remaja, Sini Ada Hantu, Aku Bukan Tomboy
TEATER: Lorong 2/90, Bangsawan Lela Manja


PROFIL

NAMA PENUH: Azad Jazmin John Louis Jeffri
TARIKH LAHIR: 11 Februari 1976
USIA: 35 tahun
TEMPAT LAHIR: Seremban, Negeri Sembilan
KELUARGA: Anak sulung daripada empat adik-beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Madras, India
DRAMA: Adnan Sempit, Anak Mami Mek Ani, Anak Mamak Menantu Mami, Cinta Balqis, Laila Majnun, Edisi Khas, www.cikgushida.com, Kopi O Kopi Susu
FILEM: Bohsia 2, Ngangkung, Kongsi, Sifu & Tongga, 3 Rasa Potato, Nana Tanjung 2, S.A.M, Khuralap, Anak Hantu Pulau. -mymetro

1 comment:

  1. Assalamualaikom abg azad yasmin sya yg kat magrove tu sya nak no whatsap abg bleh..ataupon whatsap saya kejap 0194252833

    ReplyDelete

Sahabat Iju..