Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Wednesday, September 28, 2011

“Saya Tak Pernah Bermusuh Dengan Nabil.” – Irma Hasmie, Bekas Kekasih.

Photobucket

Ramai sudah tahu Nabil dan Irma Hasmie pernah menjadi topik hangat beberapa ketika dulu. Mereka pernah menjadi pasangan kekasih sebelum ini walaupun pada waktu Nabil memenangi Raja Lawak 2, dia dikaitkan dengan Mila AF5. Namun itu semua sudah menjadi sejarah.

Menurut sebuah laman hiburan tempatan, menjelang majlis perkahwinan Nabil & Zira pada ahad ini, Irma Hasmie yang juga bekas kekasih Nabil masih lagi belum menerima apa-apa jemputan. Namun begitu, Irma Hasmie tetap tidak akan hadir walaupun jika dia dijemput selepas ini.

“Tak manis rasanya, jika saya nak hadir ke majlisnya. Nampak agak pelik pula nanti bila bekas kekasih hadir dan saya tak mahu timbul perkara yang tak elok pula nanti. Lagipun inilah salah satu cara saya menghormati hari bahagia Nabil dan isteri.” ujar Irma Hasmie.

Dia turut gembira dengan status Nabil yang ingin menamatkan zaman bujangnya berkata, “Apa-apa pun, saya mahu ucapkan tahniah pada Nabil. Mudah-mudahan Nabil dapat melayari bahtera perkahwinannya dengan rahmat dan keberkatan dari Allah.”

Irma Hasmie turut berkata, dia tidak mahu ketidakhadirannya nanti menimbulkan tanda tanya pada ahli keluarga Nabil pula kerana dia masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarganya.

“Saya tak pernah bermusuh dengan Nabil, jauh sekali dengan ahli keluarganya kerana saya juga agak rapat dengan adik beradik perempuannya. Saya pun tak suka nak bermusuh dengan sesiapa kerana takut tidak berkesempatan untuk meminta maaf.”

Irma turut menambah, “Saya tak mahu mereka berkecil hati dengan tindakan saya kerana saya masih menjaga hubungan baik dengan mereka. Tidak pernah putus walau apa juga sekalipun.”

Majlis perkahwinan Nabil & Zira akan berlangsung pada 2 Oktober ini di bandar I-City, Shah Alam. -OhBulan


Saya Pengedar Sah Produk Shaklee

Produk Kesihatan dan Supplement Lengkap untuk seisi keluarga..

Dapatkan Supplement Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan zat mineral dari hanya RM 45.00* sahaja sebulan.

Limited Stok Siapa Cepat Dia Dapat..


Saya Pengedar Sah Produk Supplement Shaklee 
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi 
Shaklee Id : 924142 
sms/call :019-9427541 
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak

* Harga tidak termasuk pos, Pack untuk sebulan adalah repack dari pack asal (2 bulan).

Kita perlu supplement kerana kita tidak mendapat khasiat yang sepatutnya dalam pemakanan harian kita. Supplement membantu kita mendapatkan khasiat yang sepatutnya..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..