Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Monday, September 12, 2011

Perlancaran Produk Bag Tangan JKhan

Photobucket

MEMILIKI beg tangan jenama mewah dan rekaan eksklusif menjadi keinginan setiap wanita, terutama mereka yang bekerjaya dan berkemampuan. Rata-rata koleksi beg tangan seperti itu terutama edisi terhad hanya boleh dibeli di butik jenama berkenaan.

Satu Syarikat Tempatan dari Sabah telah melancarkan Ciptaan Jenama Jkhan yang di-ilhamkan oleh RahmahJan Skhan baru baru ini 11.02.2011 bertempat di sebuah hotel terkemuka di Ibu Negeri Sabah. Jkhan yang bermula dengan kedai butik RJ Couture beberapa tahun yang lalu tidak ketinggalan untuk memajukan industri butik Negara dengan beg dan tas tangan yang berjenama.

Photobucket
Rahmahjan S.Khan Pemilik Jenama Jkhan

Jenama tas dan beg Jkhan adalah ciptaan anak tempatan dengan kerjasama pengeluar beg berjenama antarabangsa dari luar Negeri seperti Paris,London dan Soeul Korea Selatan sudah berada dipasaran pada hari ini.

Rahmahjan S.khan adalah salah seorang yang bertanggungjawab dan menjadi nadi kepada industri butik Negara khasnya dinegeri Sabah dengan memulakan penciptaan baju keluarannya dan seterusnya telah mengorak langka membesarkan perniagaannya dengan pengeluaran Beg Tangan tas tangan wanita jenama sendiri yang dikenali sebagai Jkhan.

Sejajar dengan perkembangan industri butik Negara RJ Couture tidak ketinggalan untuk menyahut seruan Negara kearah 2020 dengan perlancaran Beg Tangan Jenama mereka sendiri iatiu Jkhan dan ‘Trade Mark’ sendiri.

Semasa pelancaran Beg Tangan mereka baru baru ini, Jkhan telah memperkenalkan tas tangan bagi wanita yang agak elit dan sesuai dimiliki oleh semua lapisan golongan wanita yang meminati fesyen di Negara ini khas wanita wanita yang ingin memiliki koleksi tas dan beg tangan berjenama.

Jkhan telah memperkenalkan beberap jenis keluarannya semasa pelacaran itu dan telah mendapat sembutan hangat dari peminat beg tangan wanita semasa pelancaranya tempoh hari.

Antara tetamu kehormat yang hadir dalam pelancaran itu Isteri Ketua Menteri Sabah Datin Ybh. Datin Faridah Tusin, Toh Puan Rahimah Stepen, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Azizah Mohd Dun, Timbalan Setiausaha kerajaan Negeri Sabah Datuk Maznah Ghani dan Datuk Robin Balang Pengerusi LPPB Sabah.

Tidak ketinggalan juga dalam majlis itu peragawati terkenal Malaysia atau Miss Universe 2011 Deborah Henry yang memperagakan keluaran Beg Tangan Jkhan dalam majlis itu disertai dengan nyanyian penyanyi terkenal Indonesia yang hadir sama Afghan bagi memprosikan barang keluaran Jkhan yang terulung itu. -ppsemporna.blogspot.com

Tahniah kepada RJ Couture (http://www.rjcouture1borneo.blogspot.com ) yang telah Berjaya melancarkan Produk Jkhan.
Iklan Set Untuk Kekuatan dan Kesuburan Kaum Lelaki



Link - Perincian Kandungan 24 Vitamin dan Mineral Dalam Meal Shake

Berminat ? Hubungi Saya :
Saya Pengedar Sah Shaklee
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi
Shaklee Id : 924142
sms/call : 019-9427541
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak


No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..