Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Wednesday, March 20, 2013

Taman Rapat Perdana Ipoh Penuh Sampah


Gambar ni Iju ambil waktu dalam perjalan ke pejabat pagi tadi. Memang benar dakwaan penduduk sekitar Taman Rapat Perdana dan Taman Rapat Koperasi yang sepanjang jalan besarnya dipenuhi sampah sarap.




Sangat kotor dan busuk bila Iju lalu kawasan ni...

Penduduk setempat juga mendakwa, dibawah timbunan sampah sampah ni, menjadi tempat anjing liar berteduh dan membiak, pembiakan anjing anjing liar ni sangat tak terkawal, kawasan ini akan dipenuhi dengan puluhan ekor anjing berbagai saiz.

Kehadiran anjing-anjing ini menganggu penduduk yang lalu lalang di kawasan ini lebih lebih lagi jika berbasikal dan berjalan kaki.

Anjing-anjing ini juga sering kelihatan memasuki kawasan Masjid yang berdekatan iaitu Masjid Ma'aruf Taman Rapat Koperasi, terletak kurang 100m dari kawasan ini.

PEKERJA MBI DATANG MEMBERSIHKAN KAWASAN INI PADA 4 MAC LALU


Kelihatan Sebuah Jentolak dan 3 buah lori (gambar dibawah) datang ke kawasan ini 4 mac yang lalu..

Tapi apa yang dikesalkan mereka hanya membersihkan longkang yang tersumbat je..Apa guna bawa lori???


Iju cukup kagum dengan kecekapan pihak MBI menyaman pesalah parking tapi cukup kecewa dengan geng pembersihan MBI, jangan la cekik duit rakyat dengan cukai dan saman je..buat kerja la sikit..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..