Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Saturday, April 6, 2013

7 Amalan Elak Sihir Santau (Amalan 4)

Amalan 4 - Amalan Sebelum Tidur

Sebelum tidur ada beberapa amalan yang boleh dilakukan bagi melindungi diri kita dari sihir dan hasad dengki manusia..

1. Ambil Wudhuk untuk tidur..Sunnah ambil wudhuk sebelum tidur dan antara ganjarannya adalah walaupun tidur kita akan mendapat pahala kita beribadat sepanjang tidur.

Manusia biasanya tidur 8-10 jam sehari, yakni 1/3 dari 24 jam.. jika kita hidup 60 tahun dan mengambil wudhuk selama 30 tahun sebelum tidur, kita akan mendapat pahala beribadat selama 10 tahun.

2. Membaca Ayat Kursi sebelum tidur.. Ada satu hadis didalam kitab Muntakab Hadis karangan Maulana Yussuf yang lebih kurang maksudnya jika kita membaca ayat kursi sebelum tidur syaitan tidak akan mendekati kita sehingga subuh..

Baca Ayat Kursi 3 kali, pada bacaan pertama Allah akan hantar malaikat untuk jaga diri kita.

bacaan kedua Allah akan hantar malaikat jagi rumah kita

dan yang ketiga Allah akan hantar malaikat untuk jaga jiran jiran kita..

3. Membaca Surah 3 Qul kemudian hembus pada tapak tangan dan sapu keseluruh angota badan, Amalan ini juga sunnah Nabi s.a.w bagi menghindari sihir dan hasad dengki manusia..

p/s : Jangan lupa baca doa sebelum dan selepas bangun tidur hehe..

<-- Balik ke Amalan 3                                    Teruskan ke Amalan 5 di mukasurat sebelah -->..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..