Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Friday, April 5, 2013

7 Amalan Elak Sihir Santau (Amalan 2)

Amalan 2 - Solat Berjemaah di Masjid


Solat berjamaah adalah kekuatan seseorang muslim, Allah sering melindungi sesiapa sahaja yang menjaga solatnya secara berjamaah.

Diantara hadis yang mengesahkan jaminan perlindungan dari Allah ialah :

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Siapalah pemberi perlindungan yang lebih baik dari Allah yang Maha Kuasa...

Selain dari perlindungan solat berjemaah juga dijanjikan dengan pahala yang berlipat kali ganda :

1. Pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian,
2. Pahala akan digandakan lagi 70 kali jika seseorang itu telah berkahwin
3. Pahala iktikaf di masjid, setiap amalan walaupun tidur dikira sebagai amalan soleh,
4. Jika kita mengambil wudhuk dari rumah, setiap langkah kita akan mendapat 1 pahala, kurang 1 dosa dan naik 1 darjat,


<-- Balik ke Amalan 1                                        Teruskan ke Amalan 3 di mukasurat sebelah -->

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..