Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Wednesday, September 28, 2011

“Kenapa Diana Tak Dengar Nasihat Abah?” – Luahan Hati Pelakon Diana Amir.

Photobucket

Salam, Diana kongsi sedikit macam mana Diana terbuka hati untuk berhijab. Berhijab bukan hanya di kepala, tapi juga di hati. Insyallah.

Sebelum itu, kalau Diana ada tersalah kata, Diana minta maaf. Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk atas kekurangan Diana sendiri. Minta maaf awal-awal.

Beberapa bulan sebelum ini, Diana pernah didatangi perasaan takut akan hari kiamat, apa yang akan berlaku selepas meninggal dunia. Diana tahu banyak buat dosa, dan Diana belum bersedia untuk menghadapi hari perhitungan, belum bersedia untuk menghadap Pencipta.

Photobucket

Tapi, Diana masih nak kebahagiaan duniawi. Masih sibuk mencari watak-watak dalam lakonan yang Diana suka. Sedangkan semua itu dunia, akhirat lebih kekal. Sehingga satu hari di bulan Ramadhan, Diana berjumpa seorang hamba Allah yang sudah berhijrah. Alhamdullilah, beliau kongsi ilmu agama.

Dosa Diana yang belum berkahwin pun ditanggung sama dengan ayah Diana. Sampai hati Diana biar abah pikul dosa yang Diana buat. Sedangkan, abah sentiasa berdoa untuk Diana menjadi muslim yang taat kepada tuhan. Abah insan yang sangat baik. Kenapa Diana tak dengar nasihat abah?

Disebabkan banyak faktor, Diana nekad untuk terus berhijab dan insyallah jalani hidup berlandaskan ajaran Islam. Terima kasih kepada yang ramai membantu Diana dan berikan semangat untuk terus belajar, dan belajar.

Ingin diingatkan Diana masih belajar. Kalau ada salah tegur Diana. Insyallah Diana istiqamah dan akan terus perbetulkan peribadi.

Diana juga mengakui bahawa beliau kini lebih selesa menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat. Petanda yang membelenggu pelakon muda ini telah membuatkan dirinya sentiasa ingat akan kematian yang semakin hampir.

Menurut laporan akhbar Mstar, seorang rakan baik Diana Amir turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama selepas mendengar cerita mengenai hari kiamat daripadanya.

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,” katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.

Walaupun kurang pengetahuan agama, Diana Amir mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pelakon Irma Hasmie, yang kini sudah pun menutup aurat. Difahamkan, Irma Hasmie membawa Diana Amir bertemu dengan Wardina Saffiyah bagi mendapatkan pandangan serta sokongan mengenai ilmu agama. -OhBulan

Semoga perubahan Diana Amir ini kekal selamanya. Amin!


Saya Pengedar Sah Produk Shaklee
Produk Kesihatan dan Supplement Lengkap untuk seisi keluarga..

Dapatkan Supplement Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan zat mineral dari hanya RM 45.00* sahaja sebulan.

Limited Stok Siapa Cepat Dia Dapat..


Saya Pengedar Sah Produk Supplement Shaklee 
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi 
Shaklee Id : 924142 
sms/call :019-9427541 
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak

* Harga tidak termasuk pos, Pack untuk sebulan adalah repack dari pack asal (2 bulan).

Kita perlu supplement kerana kita tidak mendapat khasiat yang sepatutnya dalam pemakanan harian kita. Supplement membantu kita mendapatkan khasiat yang sepatutnya..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..