Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Friday, March 8, 2013

Lagi Kes CIMB Makan Duit Haram ?

 

Kisah Diceritakan Oleh Seorang Teman :

Saya membeli sebuah rumah dengan membuat loan CIMB ISLAMIC, saja je cari Islamic Loan untuk lari dari system RIBA..

Sejak 2 3 bulan kebelakangan ni saya menhadapi masalah kewangan yang sangat teruk, company tempat saya bekerja walaupun berstatus GLC dan juga anak syarikat Kementrian Kewangan telah lama tiada kenaikan gaji, hampir 6 tahun kami tidak ada kenaikan gaji dan juga BONUS..

Saya mengharapkan kerja outstation untuk mendapatkan pendapatan tambahan, setelah syarikat yang saya bekerja mengalami masalah kewangan dan disebabkan oleh Monopoli dari syarikat persaing, saya sudah tidak ada lagi kerja luar, jadi sudah setahun saya makan gaji basic je..

Pendapatan gaji basic yang kurang 2k menyebabkan saya sangat tertekan dari segi kewangan, nak bayar rumah RM 570, kereta RM 480, bil api-air, Astro dah lama kenan potong, begitu juga dengan line internet..

Kisah bermula apabila saya tidak dapat mebayar ansuran bayaran rumah untuk bulan January 2013,
Handphone kerap dihubungi oleh pihak CIMB bank untuk menuntut hutang..

Saya pun bercadang untuk mengeluarkan KWSP untuk bayar installment yang tertunggak, ada RM 5k boleh keluar boleh la tanggung 7-8 bulan punya installment.


1. Pada 4/1/2013 saya pergi ke CIMB Medan Gopeng untuk meminta statement bank supaya saya dapat mengeluarkan duit KWSP. Memandangkan tertunggak dah 2 bulan masuk je bulan 2 jadi 3 bulan.

2. Pegawai bank tu cakap surat ni akan siap dalam masa 2 minggu dari tarikh hari ni, jadi saya fikir sempat la untuk bayar dalam bulan ni.

3. Tapi pada akhir bulan macam biasa orang CIMB call hari hari tanya bila duit nak masuk. Saya Cakap saya tunggu statement yang lambat keluar dari CIMB. janji 2 minggu. Orang tu cakap jangan sampai bulan depan nanti tertunggak 3 bulan.

4. Masuk Bulan 2 statment tak keluar keluar, saya dihujani panggilan dari ALONG CIMB suruh bayar supaya tak tertunggak jadi 4 bulan. Saya berperang dengan ALONG ni, sebab yang lambat bukan saya tapi CIMB. CIMB bagi alasan kekurangan pekerja..BUKAN MASALAH AKU

5. Akhirnya 18/2/2013 aku terima panggilan dari En Rosli CIMB Medan Gopeng. Kata surat aku dah siap. aku lega sebab memang sempat sebelum bulan 3, tak larat dah aku menanggung legal fees dan late fee bukan sebab dari kesalahan aku..

6. Aku agak kecewa sebab surat tu tertera tarikh 31/1/2013, kenapa 18/2/2013 baru sampai kat aku, 18 hari.. baru sampai.

7. Keesokan harinya 19/2/2013 aku submit borang ke KWSP

8. 21/2/2013 Permohonan aku telah diluluskan.

9. 22/2/2013 KWSP dah pos cek aku kepada CIMB Bank Kat KL

10. 27/2/2013 aku terima cal lagi dari ALONG CIMB BANGANG ni. aku pelik asal cek tu boleh tak sampai lagi. ALONG tu ugut aku kalau masuk bulan 3 dah 4 Bulan tertunggak. Dan aku akan dikenakan 1% bunga ???? (Islamik tapi ada bunga) dari baki keseluruhan pinjaman witch is RM 1.1k, tak termasuk legal fees dan late fees yang sebelum ni.

11. 28/2/2013 aku maki semua orang CIMB bank yang call aku. aku ada bukti yang KWSP dah keluarkan dan dah pos cek tu pada 22/2/2013. sampai ke malam orang CIMB BODOH ni call aku.

12. 7/3/2013 aku dapat panggilan lagi dari ALONG CIMB ni, aku ingat dah settle tapi x sampai lagi. YA ALLAH menyesal aku buat pinjaman dengan CIMB Bank ni.. Setelah puas aku maki Along CIMB tu.. Aku pergi ke cawangan CIMB dekat dengan office aku pula.

13. Aku mengamuk kat sana. Setelah beberapa panggilan telefon di buat ke CIMB HQ, dorang dapat juga kesan cek aku, dorang cakap cek tu baru sampai 5/3/2013 pukul 5 petang.

14. Aku memang dah teraniaya, mula mula dari bulan satu sampai bulan 2 baru statement keluar lepas tu 2 minggu baru cek sampai.. hampir 2k duit aku habis sebab kes kebodohan CIMB ni.

15. Aku pergi KWSP minta penjelasan kenapa la 2 minggu baru sampai cek tu. KWSP kata dia ada bukti yang 22/2 tu cek tu dorang dah pos. 

16. POS MALAYSIA pula yang di persalahkan

AKU TAK HALALKAN SEMUA DUIT AKU YANG CIMB AMBIL SECARA PAKSA, YANG KESALAHAN TU DATANG DARI PIHAK CIMB SENDIRI DAN JUGA POS MALAYSIA YANG LEMBAB..

 

11 comments:

  1. hmmm..actually aku yang keja kat situ...call korang...siyesli mmg terukkk sngt..kiteorg dipaksa stay smpai mlm kol custmer mntak payment..kalu figure x drop, custmer x bayar..kena marahh...ko p refinance jer cr bank lain...aku keja stay smpai mlm pun OT x bayar..bank paling bangang cimb ler

    ReplyDelete
  2. Kesian orang yang kerja CIMB bahagian kutip hutang ni, maki hamun makanan harian, sampai x bayar OT CIMB memang melampau

    ReplyDelete
  3. simpan duit kat cimb mmg ilang ar duit? aku simpan 1800 tdi nk msuk lg duit tgk2 da ilang 800, peh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhaa sori cimb, duit aku kene tolak byr roadtax rpenye

      Delete
  4. owg yg dekat atas tu..cimb kampar perak ke tu...

    ReplyDelete
  5. CIMB ini pun amalkan perbankan dari yahudi. Memang sah-sahlah haram. Maf kalau saya salah.

    ReplyDelete
  6. aku pun tgh cari loan untuk rumah.. tapi takkan pilih cimb sebab masa aku buat personal loan lewat tak sampai sebulan pun kena call hari2 n terus dapat lawyer letter.. menyesal betul..

    ReplyDelete
  7. Cimb ni kan bank yahudi!! Nazir Razak tu harap abg dia je. Bank sial!!

    ReplyDelete
  8. Hutang sy dh byk x mampu nk byr blh ke kalau sy Buat rayuan kt Kwsp utk byr hutang cimb

    ReplyDelete
  9. kwsp dah beri kemudahan unutk kita kelaurkan dan bayar loan rumah, gunakan kemudahan ini, lagi berbaloi guna utk bayar installament rumah dari simpan dgn faedah yg rendah. so duit utk barayan rumah tu bole rolling utk pelaburan yg lg bagus (emas/ape2 je).
    sekarang ni semua bank/penyedia kredit guna khidmat angah (adik kepada ahlong sebab cara ugut lebih kurang je)

    ReplyDelete
  10. kwsp dah beri kemudahan unutk kita kelaurkan dan bayar loan rumah, gunakan kemudahan ini, lagi berbaloi guna utk bayar installament rumah dari simpan dgn faedah yg rendah. so duit utk barayan rumah tu bole rolling utk pelaburan yg lg bagus (emas/ape2 je).
    sekarang ni semua bank/penyedia kredit guna khidmat angah (adik kepada ahlong sebab cara ugut lebih kurang je)

    ReplyDelete

Sahabat Iju..